Resipi kali ini adalah minuman kopi yang sangat popular dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan peminat minuman kopi. Karamel macchiato diperbuat dari bahan-bahan yang mudah untuk didapati, contohnya sos karamel selain dari boleh dibeli ia juga boleh dibuat sendiri. Espresso selain dari di’brew’ dengan mesin espresso ia juga boleh dibuat dengan menggunakan moka pot sahaja. Jadi sebenarnya anda boleh membuat sendiri resipi ini di rumah anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan seperti berikut.
Bahan-bahan
- Espresso
- Susu segar
- 1tbsp sos karamel (ikut manis)
Kaedah
- Selepas brew espresso tambahkan sos karamel dan kacau sebati.
- Sementara itu froth susu suam hingga berbuih tebal didalam gelas pilihan anda.
- Dengan sudu tuang espresso diatasnya didalam gelas berisi susu tadi.
- Akhir sekali hias dengan caramel dibahagian atasnya.
- Siap!
Jika anda ingin penyediaan yang lebih premium anda boleh tambahkan krim putar terutama jika anda jadikan ia minuman ais. Dengan ini anda bukan sahaja tak perlu keluar rumah untuk dapatkan secawan Macchiato tetapi anda boleh berjimat juga! Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.