Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Suhun Goreng Kicap Macam Bihun Tapi Bukan

author name

Resepi kali ini mendapat banyak perhatian kerana ramai menyangka suhun susah untuk digoreng kerana teksturnya yang mudah lembik. Sebenarnya ada cara untuk menggoreng suhun. Kalau betul dengan caranya mengoreng suhun ini bukan setakat ia tidak hancur malah boleh menjadi kegemaran sekeluarga.Dalam perkongsian kali ini saya tunjukkan cara betul untuk mengoreng suhun,berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Suhun segenggam ( rendam dalam air paip bila dah lembut gunting kepada 3 bahagian dan tos)
  • Bawang putih cincang 
  • Tauge 
  • Isi ayam
  • Udang 
  • Telur

Bahan sos

  • Serbuk cili
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Sos tiram
  • (Kacau jadi pes)

Kaedah

  • Goreng udang dan  ketepikan.
  • Goreng isi ayam dan ketepikan.
  • Goreng telur hingga kacau jadi hancur dan ketepikan.
  • Dengan baki minyak tumis bawang putih hingga naik bau. 
  • Selepas itu masukkan suhun dan tambahkan pes tadi.
  • Bila Suhun dan sebati tambahkan tauge dan kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan udang,ayam dan telur yang telah digoreng.
  • Goreng sebati dan tutup api.
  • Siap! 

Tip:

  • Suhun potong 3 kerana lebih mudah dikacau.
  • Rendam dengan air suhu bilik dan jangan guna air panas atau suam sebab suhun mudah hancur.
  • Pes dan rencah disediakan awal supaya suhun tidak berada dalam kuali terlalu lama.

Terdapat pelbagai pilihan suhun di pasaran, seperti suhun Korea yang berwarna gelap. Namun saya menggunakan suhun kilo yang terdapat dihyper market di kawasan tempat tinggal saya. Ia lebih dan murah dan mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.