Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak Melaka Sure Baru Ada Kick

Resepi kali ini merupakan resepi asam pedas yang sangat popular dinegeri melaka. Jika berkunjung kesana tidak sah kalau tidak menikmati hidangan asam pedas ini. Namun begitu jika makan bersama keluarga yang  besar tentu terasa kerana harganya yang agak mahal walaupun bahan-bahan yang digunakan ringkas sahaja. Ini kerana asam pedas menggunakan ikan-ikan yang mahal seperti tenggiri ataupun jenahak.

Baiklah dalam perkongsian kali ini saya akan tunjukkan cara saya menyediakan masakan ringkas menggunakan ikan jenahak dalam masakan asam pedas kali ini. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Sekeping kepala ikan jenahak ( belah dan potong sederhana). 
  • Perasakan dengan garam dengan serbuk kunyit

Bahan kisar

  • ½ genggam cili kering (potong dan rebus lembut)
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci belacan
  • Secekak daun kesum 
  • 1tsp serbuk kunyit

Bahan rencah

  • Bendi
  • Tomato
  • Bunga kantan
  • Daun kesum 
  • 1 keping asam keping/ 1 tbsp asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk ajinomto

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Tumis semua bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan asam keping atau asam jawa dan daun kesum
  • Tambah air secukupnya dan biarkan ia mengelegak.
  • Masukkan ikan dan bunga kantan, biar ia mengelegak semula.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan bendi.
  • Bila semua bahan dan sebati dan serasi tutup api.
  • Siap! 

Selain dari ikan jenahak anda boleh juga guna ikan cencaru besar, ikan parang ataupun paling popular ikan pari. Bendi adalah tukar dengan terung jika suka atau terung telunjuk. Hidangan ini amat sedap dimakan bersama sambal belacan atau seperti saya sekeluarga paling suka makan dengan kicap dan ikan masin. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.