Resepi kali ini merupakan resepi masakan negeri sembilan yang terkenal dengan masakan lemak cili api. Dalam perkongsian kali ini resepi lemak cili api kali ini disediakan menggunakan udang saiz XL bersama cendawan kulat hitam yang lazimnya digunakan dalam masakan orang cina. Seperti biasa masakan orang negeri sembilan amat ringkas dan tidak menggunakan rempah ratus ianya sangat ‘straight forward’ malah poembuatnanya juga sangat mudah untuk difahami.
Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahanya.
Bahan-bahan
- ½ kilo udang saiz XL
- 1 piring kecil cendawan kulat hitam ( rendam dalam air suam)
- ½ keping asam keping
Bahan kisar
- Segenggam cili api kampung
- 1 tsp serbuk kunyit
- Santan 500ml
- Air secukupnya.
Kaedah
- Mula bersihkan udang, perap dengan serbuk kunyit dan garam.
- Masukkan bahan kisar dalam periuk dan tanbah sedikit air.
- Buka api dan biarkan ia merenih.
- Selepas itu masukkan asam keping.
- Masukkan separuh santan dan biarkan ia sedikit megelegak sebelum anda masukkan cendawan.
- Tambah air jika perlu dan biarkan ia megelegak.
- Selepas itu masukkan baki santan tadi dan jika terlalu pekat bolehlah tambah air.
- Akhir sekali masukkan udang dan biarkan ia masak.
- Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Siap!
Cendawan kulat hitam ini dijual dalam bentuk kering, ianya tak perlu rebus lama kerana jika anda rebus lama sekali pun ia tak akan lembut. Rebus sebentar hanya menjadikan ia sedikit lembut sahaja. Ada juga sesetengah resepi sekadar mencelur ia dengan air suam sahaja. Kulat hitam biasanya dimakan kerana khasiatnya. Apapun resepi ini perlulah dicuba kerana ia sangat sedap!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.