Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Halia Versi Cina Mengancam Selera Semua Yang Rasa

author name

📄

Kali ini kami bawakan resepi ayam halia versi cina yang amat lazat dan digemari ramai. Hidangan ini memberikan rasa yang sangat enak dek gabungan bahan seperti halia, sireh cina dan sos tiram. Rasanya yang unik pastinya membuat sesiapa sahaja yang merasainya jatuh cinta. Hidangan ini juga amat sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat.

Resepi ayam halia versi cina ini menggunakan bahan yang amat mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya berdekatan anda sahaja. Ayam halia versi cina ini juga hanya menggunakan tiga langkah mudah. Buat si amatur, bolehlah anda mencuba resepi ini ya!

Resepi ini dikongsikan oleh HajarnoorAin Abu Bakar dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Ayam Halia Versi Cina

ayam halia
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Halia dalam 2 inci
  • Bawang besar sebiji
  • Bawang putih selabu
  • Sireh cina *
  • Ayam dlm 1/2 ekor
  • Minyak bijan *
  • Kicap *
  • Sos tiram @ stok ayam*
  • Gula*
  • Kurma merah

Cara – cara memasak:

  1. Letak kesemua bahan di dalam kuali dan tutup.
  2. Yang bertanda (*) agak – agak sahaja.
  3. Masakkan api paling kecil selama lebih sejam.
  4. Lagi lama lagi sedap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *