Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tart Cadubry Kuih Raya Terviral Dan Ramai Peminat

author name

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan salah satu resepi kuih raya moden yang mulai mendapat tempat di kalangan peminat coklat. Tart gulung cadbury adalah kuih yang diolah dari tart nenas, resepi yang digunakan tidak banyak beza namun dengan penggunaan cadbury kuih raya menjadi pilihan kuih raya premium. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak beza namun ianya mudah didadati terutama jika anda duduk di KL dimana kedai yang menjual bahan bakeri terdapat banyak di sini. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 250g pure butter
  • 50g gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1tsp esen vanila
  • 1tsp pewarna egg yellow

Bahan B

  • 30g tepung jagung
  • 30g tepung kastad
  • 300-350g tepung gandum

Bahan C

  • Coklat cadbury

Kaedah

  • Mula-mula pukul butter bersama gula aising hingga pucat.
  • Masukkan kuning telur dan tambah esen vanila dan pewarna.
  • Gaul hingga sebati dan masukkan tepung kastad dan tepung jagung.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu keras.
  • Bila adunan tidak lagi melekat-lekat berhneti tambah tepung dan terus uli hingga ia menjadi tidak melekat lagi.
  • Guna acuan tart gulung, picit memanjang atas dulu kemudian letak cadbury.
  • Picit lagi adunan atas cadbury tadi kemudian potong mengikut saiz coklat cadbury tadi.
  • Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.
  • Sejukkan sebelum simpan didalam bekas kedap udara.
  • Siap!

Jika anda tertanya adakah coklat akan cair, jawapannya tidak ini kerana coklat akan menjadi keras apabila berada pada suhu yang tinggi. Tart ini tahan 2 minggu jika disimpan didalam bekas kedap udara. Ia cuma tidak tahan lama kerana pasti ia digemari ramai terutama apabila anda makan dengan segelas susu. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.