Resipi seterusnya ini merupakan resipi kudapan Yang popular dan sangat digemari. Popia carbonara merupakan gabungan masakan Barat dan juga Timur. Di dalamnya adalah inti ayam bersama sos carbonara. Kemudian kopi yang ini digoreng sebelum mati-mati begitu sahaja. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 batang sosej dipotong bulat
- 3-5 batang crab filament stick
- 1 biji bawang holland dipotong dadu
- 2 biji lobak merah sagat kasar
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula jika suka
- 1 tin sos carbonara
- Kulit popia saiz kecik secukupnya.
Kaedah
Sediakan inti:
- Tumiskan bawang besar yang telah dipotong dadu.
- Kemudian masukkan crab stick, sosej dan gaul rata.
- Masukkan lobak merah dan garam sedikit bersama gula.
- Masukkan sos carbonara dan gaul rata.
- Biarkan inti sejuk.
Penyediaan
- Ambil sekeping kulit popia dan letakkan isi dibahagian tengah.
- Lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.
- Kelim dengan sedikit bancuhan air tepung.
- Ulang hingga habis semua inti tadi.
- Kemudian goreng dengan minyak panas dan goreng tenggelam.
- Toskan sebelum dihidangkan.
- Siap!
Jika anda suka anda boleh menambah cheese di dalam inti nya. Namun pastikan anda sejuk beku dahulu popia sebelum anda goreng ini adalah bagi mengelakkan cheese tu cair ketika digoreng. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.