Resepi salad kali ini agak istimewa kerana ia adalah aspirasi dari masakan barat dimana ia amat mudah untuk disediakan. Salad timun menggunakan timun jepun kerana ianya mempunyai kandungan air yang sedikit kurang berbanding timun biasa. Jadi ia sesuai dijadikan salad dan apabila digaul dengan sos ianya tidak berair. Bahan yang digunakan didalam resepi ini juga agak minima dan Ianya juga boleh disimpan didalam peti ais.
Antara bahan digunakan ialah timun Jepun dan juga sos ranch yang sangat sedap dan mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan
- 1 batang timun jepun (bersihkan dan hiris nipis-nipis)
- ½ labu bawang besar – pilihan (hiris nipis-nipis)
Bahan sos
- Sos ranch (resepi nya disini)
Kaedah
- Gaul semua bahan dan biarkan beberapa jam dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Jika anda tidak suka timun Jepun anda boleh juga menggunakan timun biasa namun untuk membuat ia tahan lama buang bahagian tengahnya agar ia kurang berair.Boleh juga anda tambah hirisan bawang besar jika anda gemar. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.