Resepi berikut ini adalah resepi sos yang menarik dan sangat sedap,antara bahan yang digunakan ialah mayonis, sour cream dan juga krim putar. Bahan-bahan yang digunakan ini walaupun agak berlemak namun ianya rendah karbo dan sesuai bagi mereka yang diet rendah karbo. Sos ranch ini biasanya dimakan bersama kepak ayam, dibuat salad atau digaul bersama sayur salad, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- ½ cawan heavy cream + 1tbsp cuka (biarkan sekejap)
- ¾ cawan mayonis
- ½ cawan sour cream
- ½ tsp garam
- ¼ tsp serbuk paprika, serbuk lada hitam, serbuk bawang besar, serbuk bawang putih dan serbuk parsli.
- Stevia drop( pilihan)
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan akhir sekali tambah stevia kalau anda suka.
- Simpan dalam petiais, tahan 2 minggu.
- Siap!
Sos ini sesuai bagi pengamal diet low carb high fat kerana ia mempunyai kepuasan disebabkan kandungan lemaknya yang tinggi. Namun begitu berpada-padalah dalam hidanganya kerana apa sahaja yang berlebihan itu memudaratkan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.