Resipi seterusnya ini merupakan resipi kek butter yang diberi sentuhan baru dengan gabungan tiga jenis cheese. Antara cheese yang digunakan ialah cream cheese yang amat biasa digunakan didalam masakan manis seperti kek.
Manakala pembuatan kek ini adalah seperti kebanyakan resepi kek butter yang dikongsikan disini. Ini kerana kaedah, sukatan dan cara penyediaannya sentiasa menghasilkan rasa kek yg gebu dan sedap sekali. Baiklah a bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 250g marjerin/butter
- 150g cream cheeee
- 180g gula halus/caster
- 5 biji telur gred B
- 1 sudu teh esen vanila
- 230 tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 50g susu 50g serbuk keju parmesan
Hias
- Parutan keju cheddar
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada susu 160-170 celcius.
- Kemudian griskan dan lapik dgn kertas loyang empat segi saiz 7” atau bulat sais 8”.
- Seterusnya pukul butter sebentar.
- Masukkan gula dan terus pukul hingga adunan pucat.
- Kemudian masukkan telur sebiji, terus pukul sehingga ia gebu.
- Kemudian masukkan telur yg kedua, pukul lagi dan pastikan ia gebu.
- Tambah telur yang ketiga dan sama, pastikan ia gebu.
- Terus tambahkan telur yang keempat dan pastikan ia sebati..
- Berhenti sebentar dan masukkan 1 sudu besar tepung gandum.
- Pukul sebati adunan, apabila telah sebati baru masukkan telur yang kelima.
- Pukul lagi adunan sehingga ia menjadi gebu.
- Berhenti sebentar dan masukkan baki tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
- Pukul lagi hingga sebati dan gebu.
- Kemudian masukkan serbuk keju parmesan pula.
- Perlahan-lahan pukul dan pastikan adunan gebu.
- Akhir sekali masukkkan esen vanila, dan terus pukul hingga semua bahan sebati.
- Hias kek dengan parutan keju cheddar.
- Bakar pada suhu 160 selama 60 minit.
- Apabila telah cukup masa, cucuk kek dengan lidi untuk memastikan ia masak betul.
- Keluarkan dari oven dan tunggu sekurang-kurangnya 10 minit baru keluarkan dari loyang.
- Siap!
Penggunaan serbuk cheese parmesan memberi satu rasa atau aroma cheese yang sangat kuat. Mungkin bagi anda yang kurang gemar anda boleh mengelakkan penggunaan ia. Apapun jangan lupa mencuba resepi ini dan rasanya kemewahan keju didalamnya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.