Resepi Mille Crepe Walnut Salted Caramel Merbeles Lazat

Resipi kali ini merupakan satu lagi resipi kek yang tidak menggunakan oven. Sebaliknya kek ini menggunakan kepingan dadar yang disusun tinggi seperti kek. Antara bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini tidak banyak berbeza seperti membuat lempeng atau kuih dadar. Dan cara yang digunakan untuk menyediakan ia sama seperti kuih dadar. Namun bezanya crepe mile dilapisi dengan inti krim karamel dan dihiasi dengan kacang walnut. Dengan inti ini ia mejadi lebih mewah dan lebih lazat serta sesuai dihidnag sebagai pencuci mulut.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan crepe cake

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 Cawan Gula
  • 4 Biji Telur
  • 1/4 Cawan Mentega Cair
  • 11/2 Cawan Susu Segar

Bahan inti

  • Sos karamel
  • Fresh cream

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dalam mesin pengsiar dan kisar hingga halus semua bahan.
  • Kemudian tapis dalam bekas dan biarkan seketika.
  • Panaskan non-stick pan dan tuang lebih kurang 1 senduk adunan ke atas kuali sambil memusing kuali.
  • Biarkan adunan crepe kering dan terbalikkan dengan perlahan. Masak sebentar dan boleh di angkat. Buat sehingga adunan habis.
  • Untuk inti pula, pukul resh cream hingga kental dan masukkan sos karamel dan kaup balik hingga sebati.
  • Lapiskan setiap crepe dengan krim karamel hingga habois.
  • Akhir sekali hias dengan walnut karamel.
  • Siap!

Kek mille crepe ini amat sesuai bagi mereka yang tidak biasa membuat kek atau selalu gagal dalam menyediakan sebiji kek. Ini kerana ianya juga sedap dan mudah untuk disediakan bagi meraikan orang yang tersayang. Ianya juga agak mahal jika dibeli dikedai kopi esklusif jadi jangan lupa cuba ye!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain