Resepi kek ini ialah resepi paling asas yang digunakan oleh pembuat kek dibakeri. Ianya amat mudah disediakan dan bahan-bahan yang digunakan didalam resepi sangat minima. Namun begitu sebagai persiapan, pastikan anda guna peralatan yang betul. Ini kerana tanpa peralatan yang betul, kek yang dihasilkan tidak dapat disediakan dengan sempurna. Contohnya untuk resepi ini loyang yang digunakan mestilah bersaiz 9”. Oven sekurang-kurangnya bersaiz 25L agar muat dengan loyang yang digunakan. Selain dari itu amat penting untuk mempunyai mesin pengadun kerana kek span perlu dipukul hingga benar-benar gebu jika tidak kek akan mendap dan menjadi bantat.
Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan, ianya mudah ditemui dikedai yang menjual barangan bakeri seperti di HOI, Bake with Yen, Bakewell atau Baguss.
Bahan-bahan
- 250g Chocolate sponge mix
- 4 biji telur
- 60g minyak
- 60g air
- Mula-mula gris loyang bulat saiz 9” dan lapik dengan kertas minyak
- Kemudian panaskan oven pada suhu 160c-170c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Didalam mesin pengadun, masukkan tepung sponge mix coklat.
- Masukkan 4 biji telur
- Kemudian mulakan mengadun dengan kelajuan perlahan dan apabila adunan mulai sebati, tambahkan kelajuan.
- Terus pukul sehingga adunan mulai bertambah saiz dan pekat
- Sentuh adunan, apabila ia kelihatan melekat dijari dan mulai memanjang apabila dicubit, berhenti mengadun sebentar.
- Masukkan air dan pukul semula dengan kelajuan perlahan.
- Apabila adunan mulai sebati tambah kelajuan sehingga adunan benar-benar sebati.
- Tutup mesin pengadun.
- Akhir sekali kaup balik minyak masak dengan tangan atau gunakan spatula.
- Masukkan kedalam loyang yang telah disediakan tadi dan bakar pada suhu 160c – 170c selama 40 minit.
- Apabila kek telah masak, uji dengan lidi jika lidi bersih ia menunjukkan kek telah masak.
- Terbalik kek bersama loyang diatas besi redai.
- Biarkan 10 minit sebelum keluarkan kek dari loyang.
- Sejukkan sebelum diguna, siap!
Untuk saiz adunan ini anda boleh menjadikan ia dua kek dengan menggunakan dua loyang bersaiz 6” dan bakar pada suhu yang sama tetapi masa perlu dipendekkan menjadi 30 minit sahaja. Kek span coklat ini banyak digunakan didalam resepi-resepi kek kontinental tetapi ia juga sedap dimakan tanpa hiasan cuma ia paling sedap dimakan semasa panas. Jangan lupa mencuba ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply