Sejak dua menjak ini, popiah cendawan cheese, popia carbonara menjadi viral di Malaysia. Ramai orang menjualnya, ramai juga membelinya. Ianya telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Popia cendawan cheese ini dimakan panas – panas, dicicah bersama sos cheese lagi menyelerakan! Tahukah anda, anda juga boleh buat sendiri popia ini. Lebih mudah dan mesra ekonomi!
Resepi ini dikongsikan oleh Siti Mariam dan banyak perkongsian, tanda suka serta komen positif telah didapati di Facebook. Apa lagi, scroll down lah!
Resepi Popiah Cendawan Cheese
Bahan – bahan:
- 1 tin cendawan butang (potong dadu)
- 2 batang lobak (potong dadu)
- 1 biji bawang holland (potong dadu)
- 3 batang sosej (hiris kecil)
- 3 keping burger ayam
- 1 tin cream of mushroom prego (tin biru)
- 3 keping chedar cheesedale
- Sedikit susu fullcream
- Sedikit butter
Cara – cara memasak:
- Panaskan 1 sudu kecil butter, masukkan bawang holland, tumis sekejap je.
- Masukkan daging burger, kacau bagi hancur dan tidak berketul, masukkan sosej, lobak dan cendawan.
- Kacau sebentar kemudian masukkan sos cream of mushroom prego, kacau sebati, kalau pekat sangat, letakkan susu full cream.
- Jangan banyak sangat. Agak – agak, perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, gula sikit dan garam.
- Agak – agak dah sebati, masukkan cheese keping tadi. Gaul sampai cheese cair. Siap.
- Sejukkan dahula tau baru boleh menggulung. Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!
Leave a Reply