Koleksi 10 Resepi Cupcake Paling Femes Boleh Dicuba Sendiri

Koleksi kali ini menghimpunkan 10 resepi cupcake atau kek cawan yang mulai popular di negara kita sejak akhir-akhir ini. Kek cawan adalah kek yang dimasak di dalam cawan kertas dan kemudian dihiasi  lazimnya menggunakan buttercream, coklat mahupun krim putar. 

Oleh kerana saiznya yang comel dan rasanya yang sedap ianya sentiasa mendapat permintaan. Terutama apabila ia dihiasi mengikut pelbagai tema mengikut citarasa, berikut adalalah 10 resepi cupcake yang boleh anda cuba sendiri.

1. Resepi Cupcake Vanilla

Resepi ini adalah resepi kek cawan yang paling asas. Ia menggunakan butter, gula, telur dan juga tepung. Cara membuatnya juga sama seperti kita membuat kek butter biasa. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 125g tepung naik sendiri
  • 125g gula kastor
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 125g unsalted butter,
  • 2 biji telur gred A
  • 1 1/2 sudu besar susu full cream 
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila
  • 200g unsalted butter
  • 400g gula icing, ayak
  • 2 sudu besar susu full cream 
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila
  • Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. 
  • Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
  • Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
  • Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.
  • Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas
  • Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
  • Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati. 
  • Tuang adunan susu dan vanila, kacau hingga sebati.
  • Hias mengikut kreativiti

2. Resepi Cupcake Coklat Brownie

Seterusnya resepi cupcake coklat brownies yang telah dikongsikan oleh Nurul Amirah Azman dan mendapat banyak perkongsian di media sosial . Ianya menarik ini kerana didalamnya kek tetapi diatas ialah brownies. Sudah tentu rasanya menarik, berikut adalah bahan yang diperlukan.

  • 110 g tepung kek
  • 3 sudu serbuk dark koko
  • 3 biji telur
  • 150g gula perang
  • 1 sudu esen vanilla
  • 450g coklat masakan
  • 150g butter
  • Ayak bahan A, ketepikan.
  • Di dalam bekas lain, pukul bahan B sehingga kembang.
  • Cairkan bahan C dengan menggunakan teknik double boil.
  • Campurkan bahan C ke dalam bahan B, dan gaul secara perlahan-lahan.
  • Tips : pastikan bahan C dalam keadaan panas semasa dicampurkan ke dalam bahan B. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kedutan yang cantik.
  • Masukkan bahan A ke dalam campuran tadi. Masuk sikit-sikit, kemudian gaul-gaul sampai sebati.
  • Panaskan ketuhar terlebih dahulu 190 celcius selama 5 minit.
  • Gunakan paper cup (bukan saiz kuih raya!)
  • Tuangkan brownies ke dalam paper cup, tinggalkan suku daripada paper cup.
  • Apabila ketuhar sudah panas, masakkan brownies dengan suhu 190C selama 10 minit.
  • Setelah siap, turunkan suhu kepada 160C selama 30 minit.
  • Nota: Tujuannya adalah suhu yang pertama menghasilkan kedutan yang cantik merekah.
  • Apabila brownies sudah masak, matikan ketuhar dan biarkan brownies duduk sebentar di dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit.
  • Siap!

3. Resepi Kek Cawan Pandan

Resepi kek pandan sentiasa mendapat permintaan terutama dikalangan orang Asia. Ini kerana keharuman daun pandan sangat menyelerakan apabila dijadikan kek cawan. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

  • 300g tepung superfine
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 180g butter
  • 240 g gula castor
  • 3 biji telur saiz A
  • 180ml santan
  • 1 sudu teh emulco pandan
  • Ayak bahan-bahan A,ketepikan.
  • Pukul bahan B iaitu butter dan gula hingga pucat , masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan bahan C dan A secara berselang seli dan dikaup balik. Tidak perlu gunakan mesin waktu ini.Guna spatula sahaja memadai.
  • Masukkan adunan didalam kek cawan dan bakar pada suhu 160c selama 20 minit sahaja.

4. Resepi Cupcake Lembut

Seterusnya ialah resepi cupcake lembut yang amat sedap kerana kelembutannya. Lazimnya kek cawan begini tidak memerlukan hiasan yang berlebih, memadai keenakkannya semata-mata. Baiklah berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 200 gram (1 cawan) gula pasir,
  • 4 biji telur gred A,
  • 1 sudu besar baking powder,
  • 180 gram (1+¾ cawan) tepung gandum,
  • 35 gram (5 sudu besar) minyak masak/minyak jagung,
  • Secubit garam,
  • 1 sudu kecil esen vanilla (atau secubit serbuk vanila).
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
  • Pukul gula, telur, esen vanilla dan garam dalam satu bekas besar hingga gebu, putih dan sebati (saya guna hand mixer anggaran 15 minit).
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak tadi sedikit-sedikit hingga habis ke dalam adunan yang dipukul tadi sambil dikaup balik menggunakan spatula.
  • Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati menggunakan kaedah kaup balik.
  • Masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
  • Bakar selama 20 minit dalam oven bersuhu 180°C yang telah dipanaskan terlebih dulu. Ikut oven masing-masing ya. (Saya bakar dengan suhu 170°C selama 25 minit)

5. Resepi Cupcake Coklat Kukus

Seterusnya resepi yang sentiasa mendapat permintaan tidak kira dimana, cupcake coklat. Namun cupcake coklat ini ialah versi kukus dan amat mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Azidawati Yusof dan mendapat banyak perkongsian di media sosial, berikut ialah baha-bahan yang diperlukan.

  • 2 cawan tepung gandum (boleh juga 1 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung superfine)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan gula
  • 200ml minyak masak
  • 200ml air kotak coklat
  • 3 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • 2 bar coklat Beryls
  • 200ml whipping cream
  • Sedikit air kotak coklat
  • Satukan bahan basah dan gaulkan di dalam mixer atau menggunakan whisk.
  • Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan cupcake dan kukus selama 15 min. Siap!
  • Kacau topping menggunakan kaedah double boil.
  • Tunggu topping likat dan tuang ke atas kek. Hiaskan dengan colour rice.

6. Resepi Cupcake Carrot Oat

Resepi seterusnya ini lazimnya disediakan didalam satu loyang besar, namun begitu ia juga amat sedap bila dibuat sebagai cupcake. Memudahkan anda untuk menjamu tetamu anda, Resepi ini dikongsikan oleh Sue Hussain dan mendapat banyak shares di media sosial tau! 

  • 2 cawan tepung gandum *
  • 2 sudu teh double action baking powder*
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate *
  • 1/2 sudu teh garam *
  • 1/2 sudu teh serbuk pala*
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis * 
  • (semua bertanda * disatukan & ayak)
  • 4 biji telor gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3/4 + 3/4 (2x sukat) cawan minyak jagung/minyak masak
  • 3/4 cawan gula castor
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan carrot sagat (guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
  • 1 cawan nenas tin (cincang kasar & toskan)
  • 1 cawan oats
  • 1 cawan kekacang yang disukai (bakar sekejap dan dicincang kasar)
  • ½ ketul unsalted butter
  • 250g philadelphia cream cheese
  • Beberapa titis esen vanilla
  • 3 sudu besar gula icing

Carrot oat cupcakes:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Susun cawan kertas atas loyang.
  • Telur dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau lima minit hingga sebati.
  • Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak.
  • Kacau hingga sebati guna spatula.
  • Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.
  • Akhir sekali, masukkan kacang yang disukai.
  • Tuang ke dalam cawan kertas dan masukkan ke dalam oven.
  • Bakar selama 15-20 atau hingga masak.
  • Dah sejuk bolehlah letakkan topping

Cream cheese topping:

  • Putar butter supaya lembut.
  • Masukkan cream cheese dan pukul sebati.
  • Masukkan gula, putar sehingga kembang dan masukkan esen vanilla.
  • Putar sehingga sebati.

7. Resepi Cupcake Marble

Resepi cupcake ini merupakan sejenis kek lembut kerana ia menggunakan adunan kek span yang amat mudah untuk disediakan. Paling sedap dinikmati bersama teh panas terutama diwaktu minum petang, berikut adalah bahan-abahn yang diperlukan.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • ½ tsp garam
  • 11/2 tbsp ovalette
  • 50ml susu segar/cair
  • 1 cawan gula halus
  • 150g butter (cair dan sejukkan)
  • 5 biji telur gred B
  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali butter.
  • Pukul sehingga gebu, akhir sekali baru kaup balik butter.
  • Pastikan semua bahan sebati.
  • Bahagikan sedikit adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
  • Selebihnya masuk kedalam acuan cupcake.
  • Tuang adunan berwarna dan lorekkan corak.
  • Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.
  • Siap!

8. Resepi Cupcake Oren

Resepi ini merupakan antara kek yang digemari lazimnya oleh golongan dewasa. Kek oren sememangnya digemari kerana rasanya yang masam-masam manis. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 150 g mentega 
  • 120 g gula kastor 
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu makan pes oren 
  • 160 g tepung gandum (diayak) 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 2 sudu makan jus oren Sunquick 
  • Acuan kertas secukupnya
  • 250 g mentega 
  • 300 g gula aising 
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. 
  • Masukkan telur satu per satu dan pes oren. 
  • Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan jus oren Sunquick. 
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag. 
  • Paipkan ke dalam acuan kertas yang sudah diletakkan di dalam loyang anggaran 3/4 penuh. 
  • Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 25-30 minit ataupun sehingga kelihatan masak. 
  • Hiaskan dengan krim aising yang disukai.
  • Pukul semua bahan B sehingga ringan dan gebu. 
  • Masukkan krim ke dalam piping bag.
  • Paipkan ke atas kek dan hiasi dengan hirisan buah oren.

9. Resepi Cupcake Cream & Cookies

Seterusnya resepi cupcake yang menarik ini kerana ia menggunakan cookies sebagai bahan perisanya. Oleh kerana itu ia adalah antara yang digemari terutama oleh kanak-kanak. Cara membuat sama seperti kek bias cuma ia mempunyai tambahan serdak biskut sebagai menaikkan rasanya menjadikan ia unik dan sedap.

  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 125 gm mentega
  • 200 gm gula kaster
  • 3 biji telur 
  • 125 gm susu penuh krim
  • 2 sudu makan emulco kopi
  • Ayak tepung ngan serbuk penaik bersama.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. 
  • Selepas itu masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. 
  • Masukkan emulco kopi dan gaul sebati.
  • Dengan perlahan masukkan bahan tepung berselang-seli dengan susu ke dalam adunan, akhiri dengan tepung. 
  • Kaup balik hingga sebati.
  • Isi ke dalam cawan kertas dgn adunan 3/4 penuh.
  • Bakar dalam ketuhar selama 15- 20 minit dengan suhu 180’c.
  • Sejukkan sebelum deko.

10. Resepi Cupcake Coffee 

Resepi terakhir didalam koleksi ini merupakan antara perisa yang digemari khusunya golongan dewasa. Cupcake coffee menggunakan emulco kopi yang memberi warna dan aroma kopi yang kuat, sangat sesuai bagi peminat kopi. Berikut adalah bahan- bahan yang diperlukan.

  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 125 gm mentega
  • 200 gm gula kaster
  • 3 biji telur 
  • 125 gm susu penuh krim
  • 2 sudu makan emulco kopi
  • Ayak tepung ngan serbuk penaik bersama.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. 
  • Selepas itu masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. 
  • Masukkan emulco kopi dan gaul sebati.
  • Dengan perlahan masukkan bahan tepung berselang-seli dengan susu ke dalam adunan, akhiri dengan tepung. 
  • Kaup balik hingga sebati.
  • Isi ke dalam cawan kertas dgn adunan 3/4 penuh.
  • Bakar dalam ketuhar selama 15- 20 minit dengan suhu 180’c.
  • Sejukkan sebelum deko.

Itulah dia 10 resepi cupcake yang boleh anda cuba, kebanyakkan resepi disini menghasilkan rasa yang pasti digemari ramai. Jadi jika anda kebuntuan idea untuk hidangan minum petang atau sebagai meraikan peristiwa istimewa, bolehlah mencuba resepi-resepi didalam koleksi.Jangan lupa kongsikan koleksi ini agar dapat dimanafaatkan orang lain ya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *