Resepi sambal belacan yang dikongsikan kali memberi sedikit kelainan kerana ia menggunakan buah mangga yang telah masak sebagai bahan utamanya. Oleh kerana buah mangga mempunyai rasa yang masam-masam manis jadi ia sesuai dijadikan bahan sambal belacan, jom kita lihat apakah bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 300gm cili padi
- 3 biji buah mangga masak
- Sekeping belacan | dibakar
- 2 ulas bawang putih | dibakar
- 1 biji bawang besar | dibakar
- Sedikit garam dan gula
Kaedah
- Kisar cili padi bersama bahan yang dibakar.
- Perasakan dengan garam dan juga gula secukupnya.
- Akhir sekali, masukkan mangga masak dan gaul hingga rata.
- Siap!
Selain dari buah mangga, bacang atau kuinin juga sesuai. Bahan-bahan ini akan memberi aroma yang amat menarik bila dijadikan bahan utama sambal belacan. Ianya selalu menjadi pilihan terutama dikalangan masyarakat kampung kerana bahan-bahannya mudah ditemui. Diharap anda mencuba resepi dan rasailah kelainannya.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply