Kumpulan 10 Resepi Kuih Tepung Pelita (Harum Pandan dan Cantik)

Tepung pelita ialah pencuci mulut tradisional yang memikat selera. Dengan lapisan santan yang wangi di atasnya, dipadankan dengan lapisan tepung hijau yang lembut di bawah, tepung pelita ialah pilihan sempurna pencuci mulut. Rasanya yang manis, lemak, dan tekstur yang lembut pasti membuat anda kembali ke zaman dulu-dulu.

Resepi tepung pelita sangat mudah untuk disediakan di rumah. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati seperti tepung beras, santan, dan daun pandan. Tidak perlu ke bazaar malam untuk membeli, cukup luangkan sedikit masa di dapur dan hidangan ini boleh dinikmati oleh keluarga. Pastikan anda mencuba dan rasa sendiri kelazatannya.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba 10 resepi tepung pelita yang menyelerakan dari Facebook. Sesuai untuk majlis istimewa atau sekadar hidangan ringan pada hujung minggu. Dengan cara penyediaan yang mudah dan rasa yang lazat, tepung pelita pasti menjadi kegemaran. Jom buat sekarang dan nikmati kelazatan setiap lapisan yang penuh cita rasa.

Tepung Pelita Tanpa Daun Pisang

Imej via Facebook

Tepung pelita mudah sangat dan tanpa daun pisang, yang paling penting sedap. Air kapur bancuh dahulu bagi cair jangan pekat sangat nanti berbau kapur. Resepi dikongsikan oleh Shakinah Zainal di laman Facebook.

Bahan-bahan lapisan bawah :
  • 1 cawan tepung beras,
  • 1 cawan gula pasir,
  • 2 cawan air pandan,
  • 3 cawan air putih,
  • ½ sudu kecil garam halus,
  • ½ sudu kecil pewarna hijau,
  • Sedikit air kapur.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua, kacau sebati kemudian buka api kacau sampai masak.
  2. Kalau sudah masak tepung akan pekat berkilat.
  3. Masukkan dalam bekas dan biarkan.
Bahan lapisan atas :
  • 4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras,
  • 4 cawan santan,
  • 2 sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil gula.
Cara-cara :
  1. Sama macam lapisan bawah tadi, kacau sebati dan masak atas api hingga pekat berkilat, baru tutup api.
  2. Masukkan ke dalam bekas yang dilapiskan adunan hijau.
  3. Sejukkan, dan boleh disantap.

Tepung Pelita Untuk niaga

Imej via Facebook

Seterusnya kami berkongsi resepi tepung pelita yang gerenti mendapat sambutan. Untuk pemula ingin berniaga, boleh buat sedikit dalam 50 biji. Resepi yang dikongsikan oleh Juniza Maslan di laman Facebook ini semestinya disukai ramai.

Bahagian hijau :
  • 1 cawan membukit tepung beras,
  • 1 ½ cawan gula,
  • 7 cawan air daun pandan.
Bahagian santan :
  • 1 cawan tepung beras,
  • Sedikit garam untuk bagi rasa lemak,
  • 7 cawan santan.
Cara-cara :
  1. Satukan bahagian hijau hingga sebati, masak dengan api sederhana.
  2. Kacau sampai likat.
  3. bahagian putih pula masak guna cara yang sama.

Tepung Pelita Tanpa Sengkuang

Imej via Facebook

Tepung pelita disebut juga kuih tako. Kali ini Fairus Daud berkongsi resepi tepung pelita tanpa sengkuang. Dengan menggunakan bahan-bahan mudah, tepung pelita menjadi dengan jayanya.

Bahagian bawah (lapisan hijau) :
  • 1 cawan tepung jagung,
  • 2 cawan air daun pandan,
  • 3 cawan air,
  • 1 cawan gula pasir,
  • 3 titik pewarna hijau.
Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali, kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian buka api perlahan, kacau hingga agak pekat.
  3. Apabila sudah pekat, tutup api, dan sendukkan ke dalam acuan daun pandan tadi.
Bahagian atas (lapisan putih) :
  • ½ cawan tepung jagung,
  • 2 cawan santan,
  • 2 cawan air,
  • Secubit garam.
Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali, kacau sehingga sebati.
  2. Buka api perlahan, kacau hingga sedikit pekat (jangan pekat sangat, nanti dia tidak rata).
  3. Sendukkan ke atas bahagian hijau yang sudah keras tadi.
  4. Biarkan dalam 10 minit dan siap.

Tepung Pelita Tanpa Kukus

Imej via Facebook

Semasa bulan puasa, kurang sedap rasanya kalau tidak berbuka dengan tepung pelita. Kalau tidak ada masa pergi bazar, boleh buat tepung pelita sendiri. Resepi seterusnya dikongsikan oleh Norien Wahab di laman Facebook.

Bahan-bahan Lapisan Bawah (hijau) :
  • 1 cawan tepung beras,
  • 1 cawan gula halus,
  • 4 cawan air,
  • daun pandan,
  • pewarna hijau.
Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan dalam pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
  2. Tapiskan dan masukkan ke dalam periuk. Bolehlah masak dengan api sederhana. Kacau hingga menjadi pekat.
  3. Setelah siap, boleh masukkan ke dalam bekas. Ketepikan.
Bahan-bahan Bahagian Atas (putih) :
  • 1 kotak kecil santan,
  • 3 cawan air,
  • 4 sudu makan tepung beras,
  • Garam secukup rasa.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau sebati.
  2. Masak dengan api sederhana. Kacau hingga menjadi pekat.
  3. Jika sudah pekat, boleh masukkan ke dalam bekas lapisan hijau tadi, biarkan sejuk.

Tepung Pelita Daun Pisang

Imej via Facebook

Resepi seterusnya iaitu tepung pelita yang paling mudah dan cepat hanya dengan sukatan cawan sahaja. Guna daun pisang untuk tempat alas. Resepi dikongsikan oleh Faridah Asri di laman Facebook.

Bahagian bawah :
  • 1 cawan tepung beras,
  • 5 cawan air @ air pandan,
  • Gula cukup rasa.
Bahagian atas :
  • ½ cawan tepung beras,
  • 5 cawan santan,
  • Garam cukup rasa.
Cara-cara :
  1. Campur semua bahan-bahan bahagian atas, kacau hingga sebati dan masak di atas api yang sederhana dan kacau hingga keluar gelembung besar.
  2. Masukkan dalam sarang dan ketepikan.
  3. Untuk bahagian atas pula sama juga proses seperti bahagian bawah, sejukkan.
Cara buat sarang :
  1. Potong daun pisang selebar tapak tangan dan panjang sedikit dari tapak tangan. Lipat sedikit hujung kedua-dua belah daun pisang dan gunting kepada 3 bahagian, lipat dan stepler bagi elok supaya membentuk cantik.

Tepung Pelita Sejuk Segar

Imej via Facebook

Tetiba teringin makan tepung pelita malam-malam. Tapi kalau ada resepi dari Are Peace boleh saja buat bila-bila masa. Buat malam simpan peti esoknya boleh makan sejuk-sejuk segar dan lazat.

Bahagian bawah :
  • Tepung beras 1 cawan,
  • Gula 1 cawan,
  • Air pandan setengah cawan,
  • Air putih 5 cawan,
  • Pewarna hijau.
Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Pastikan kacau sebati tanpa henti baru letak atas api.
  2. Bila adunan mula pekat, kecilkan api.
  3. Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup-letup.
  4. Tuang dalam acuan semasa masih panas.
  5. Bila sudah siap tuang bahagian bawah dalam bekas, baru mulakan proses untuk lapisan atas.
Bahan untuk lapisan atas:
  • 1 cawan tepung beras,
  • 3 cawan santan daripada sebiji kelapa atau 1 kotak santan 200 ml jadikan 3 cawan,
  • 3 cawan air,
  • 1 sudu gula,
  • Daun pandan,
  • Secubit garam.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan sampai sebati.
  2. Kemudian masakkan atas api.
  3. Bila sudah siap, tengah-tengah panas, tuangkan atas lapisan bawah tadi.
  4. Tunggu sejuk boleh makan.

Tepung Pelita Pandan

Imej via Facebook

Jom belajar buat sendiri, puas hati makan. Resepi dari Che Azawimie Che Zahari di laman Facebook menghadirkan rasa lemak-lemak manis, terasa pandannya, cantik kejadiannya.

Bahan lapisan hijau :
  • * 1 cawan gula halus,
  • * 1 cawan tepung beras,
  • * 4 cawan air pandan (10 helai daun pandan dikisar dan ditapis),
  • Sedikit pewarna hijau.
Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Kemudian tapiskan bahan.
  3. Kacau atas api sehingga likat.
  4. Bila sudah likat, masukkan dalam acuan yang ditabur gula.
  5. Ketepikan dan biarkan sejuk.
Bahan Lapisan Santan :
  • 5 sudu besar tepung beras,
  • 250 ml santan pekat,
  • 3 cawan air,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 2 sudu kecil gula halus.
Cara-cara :
  1. Sama seperti di atas.
  2. Bila sudah pekat/ada buih besar meletup, boleh tuang atas lapisan hijau semasa panas.
Tips :

Kacau berterusan hingga pekat dalam 10-15 minit, jangan berhenti, nanti berketul.
Total masa buat, lebih kurang ½ jam sahaja.

Tepung Pelita Comel

Imej via Facebook

Lama sudah teringin buat, tapi fikir cara buat mangkok guna daun pandan buat pening. Kepada sesiapa yang tidak mengerti, ambil jalan mudah bubuh dalam bekas comel, letak potongan daun pandan di dalamnya. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Masni Bahari di laman Facebook.

Bahan bancuhan lapisan bawah :
  • Setengah cawan tepung jagung,
  • Setengah cawan gula,
  • Setengah cawan air pandan,
  • 2 cawan air,
  • Sedikit air kapur,
  • Pewarna hijau.
Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan dan kacau rata.
  2. Masak atas api yang kecil, kacau sampai bancuhan jadi berkilat dan jangan pekat sangat.
  3. Kemudian tuang separuh acuan.
Bahan bancuhan lapisan atas :
  • Setengah cawan tepung jagung,
  • 1 cawan air,
  • 2 cawan santan pekat,
  • 1 sudu kecil gula,
  • Sedikit garam.
Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan, kemudian masak atas api perlahan, sentiasa kacau.
  2. Masak sama macam bancuhan bawah tadi, jangan pekat sangat.
  3. Jika sudah masak, boleh tuang atas bancuhan hijau tadi.
  4. Simpan dalam peti sejuk.

Tepung Pelita Lazat

Imej via Facebook

Percubaan Syahida Hazman’s kali kedua baru menjadi. Acuan ini boleh dapat dalam 35 biji tepung pelita tapi bergantung kepada bekas tepung pelita tersebut dan banyak mana letak isi hijau dan putih.

Bahan hijau :
  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah,
  • 1 cawan air pandan,
  • 4 cawan air,
  • ½ sudu kecil pewarna hijau epal.
Cara-cara :
  1. Satukan semua dalam periuk, kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat. Sentiasa kacau untuk elakkan tepung bergumpal.
  2. Bila sudah pekat sedikit, terus masukkan dalam jug air kosong dan terus masukkan panas-panas dalam acuan kecil-kecil untuk makan.
  3. Kemudian letak gula aising/gula yang dikisar atas acuan hijau.
Bahan putih :
  • 4 sudu besar tepung beras,
  • 1 cawan santan kara,
  • 3.5 cawan air,
  • 1 sk garam.
Cara-cara :
  1. Sama seperti di atas.
  2. Bila sudah pekat sedikit, tuang dalam jug air dan terus tuang atas lapisan hijau semasa panas-panas.

Tepung Pelita Perak Style

Imej via Facebook

Akhir sekali resepi kuih pelita ikut cara orang perak. Cara yang dipakai amat senang. Acuan pula pakai daun pisang abu. Resepi dikongsikan oleh Cikgu Yang Khalida Khalid di laman Facebook.

Bancuhan tepung hijau :
  • 3 cawan tepung gandum,
  • 7 cawan santan,
  • ½ cawan gula,
  • Pewarna hijau / pandan.
Cara-cara :
  1. Saya blend semua bahan-bahan tadi dan asingkan. *jangan terlalu pekat dan cair sangat
Bancuhan santan putih :
  • 4 cawan santan ,
  • 1 cawan air,
  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 ½ sudu teh garam.
Cara-cara :
  1. Blend semua sekali .
  2. Dalam acuan, mula mula letak 1 sudu kecil gula.
  3. Kemudian letak bancuhan hijau agak-agak separuh dari acuan.
  4. Kukus sampai masak.
  5. Kemudian letak bancuhan santan sampai penuh.
  6. Kukus lagi sampai masak.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Tepung Pelita, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *