Resepi kali ini merupakan resipi yang sangat sesuai dihidangkan di waktu sarapan pagi. Ia menggunakan buah Buahan buah yang paling popular di dunia iaitu buah pisang. Pisang sangat terkenal dengan pelbagai hasil yang tak yang paling popular kebaikan buah pisang ialah kandungan potassium nya. Tambahan pula ia juga tinggi gula yang membekalkan tenaga sepanjang hari apabila jadikan sebagai sarapan pagi.
Manakala pankek ialah sejenis asalkan barat yang telah mula diterima oleh masyarakat kita. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resipi ini.
Bahan A
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
Bahan B
- 4 biji pisang berangan
- 3 sudu besar gula
- 1/2 sk garam
- 1 biji telur A
- 1 cawan susu segar
- 4 sudu besar minyak
Kaedah
- Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
- Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B. Kacau dengan whisker.
- Sendukkan dalam kuali non-stik dan masak dengan api perlahan.
- Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
- Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair.
Selain daripada pisang berangan anda juga boleh menggunakan pisang emas kerana ia lebih sedap dan murah. Pankek ini sangat sedap dinikmati bersama butter dan juga madu. Diharap anda kan mencuba resepi ringkas ini, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply