Resepi Sup Kambing Sedap Berempah Macam Kedai Mamak
Resepi berikut merupakan salah satu resepi popular yang terdapat di kedai mama. Ianya amat digemari dan biasanya dimakan diwaktu makan malam. Terutama apabila musim hujan dimana ia dihidangkan untuk memanaskan badan. Sup Kambing mamak mempunyai kandungan rempah yang tinggi berbanding sup biasa. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sup kambing mamak ini.
Bahan-bahan
- 700 gm daging kambing ( saya gunakan kambing kiub beku)
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
- 4 biji kentang saiz sederhana ( kupas belah 4)
- 1 pokok daun sup, kerat kasar
- 1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
- 1 1/2 camca besar rempah sup Adabi*
- 1 camca besar penuh rempah kurma Adab + 1/2 cawan air (jadikan pes)
- 5 biji bawang merah kecil. hiris
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
- Bawang goreng, untuk hiasan
Bahan kisar
- 7 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Kaedah
- Gaul daging kambing dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata.
- Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama rempah tumis, lada hitam tumbuk, daun sup yang dikerat kasar dan air secukupnya.
- Kacau dan masak hingga mendidih.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan).
- Goreng bawang merah hiris hingga perang, pastikan jangan hangus.
- Kemudian masukkan bahan2 kisar halus dan kacau rata.
- Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
- Kemudian masukkan rempah yang ditumis tadi ke dalam periuk berisi daging kambing.
- Kacau rata dan terus merebus hingga daging kambing empuk.
- Masukkan kentang dan kacau dan jika perlu tambah sedikit air panas.
- Masak hingga kentang empuk.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
- Cedok sup kambing ala mamak ke dalam mangkuk sesuai, tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
- Hidangkan bersama roti atau nasi.
Jika anda biasa ke kedai mamak untuk mendapatkan sup kambing kini anda boleh mencuba nya sendiri dirumah. Sup kambing sedap dimakan bersama roti ataupun bersama nasi jangan lupa hidangkan sekali telur dadar bagi melengkapi hidangan anda. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.