SAMBAL TOTOK JAWA VIRAL!
SAMBAL TOTOK JAWA
By~cikgu ani bawok
Bahan-Bahannya:
β Segenggam ikan bilis
β 10-15 biji cili padi kampung
β 3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
β 1 biji bawang merah β dihiris
β 3 ulas bawang putih β dihiris
β 1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka
Cara-caranya:
β Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
β Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
β Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
β Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
β Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
β Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.
Leave a Reply