Resepi nasi goreng kali ini mempunyai sedikit kelainan. Ianya amat sesuai dihidangkan terutama jika ada lebihan sate yang tidak habis. Namun begitu sungguh pun bahan-bahan yang digunakan adalah sangat biasa, namun dengan kombinasi sate ia memberi rasa yang sangat sedap.
Oleh itu bagi anda yang ingin tahu bagaimanakah rasanya nasi goreng sate ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Nasi Goreng Sate
Bahan-bahan
- 3 cawan nasi sejuk
Bahan kisar
- ½ labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 10 ulas cili api
- 1 batang serai
- (Kisar semua bahan)
Rencah
- 5-8 batang isi sate daging atau ayam
- Kicap (pilihan)
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kaedah
- Mula-mula ramas nasi sejuk agar ia berderai.
- Tumiskan bahan kisar dan tunggu sehingga ia garing.
- Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya
- Masukkan rencah isi sate dan gaul sebati.
- Masukkan nasi dan segera kacau sehingga ia sebati.
- Tambah kicap jika suka.
- Nasi perlu digoreng dengan api besar dan kacau laju untuk mendapat nasi goreng yang sedap.
- Siap!
Sungguh pun begitu kuah sate tidak sesuai dihidang bersama nasi goreng ini. Ia lebih enak dinikmati bersama ulam ulaman seperti timun dan juga sambal belacan. Diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply