Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sarapan pagi yang biasa dihidangkan di rumah. Nasi goreng sardin adalah nasi goreng yang menggunakan isi sardin di dalam tin. Masakan ini amat mudah di sediakan dan bahan-bahannya juga amat mudah dicari. Bagi anda yang mencari idea untuk sarapan pagi anda boleh mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Nasi Goreng Sardin
Bahan-bahan
- 2 cawan nasi putih
Bahan-bahan tumbuk
- Bawang besar ½ biji
- Bawang putih 2 ulas
- Cili api segenggam/2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa.
Bahan Rencah
- Kacang panjang dipotong kecil 1 mangkuk kecil
- Lobak merah dipotong dadu 1 mangkuk kecil
- Isi ikan sardin dalam tin (tin kecil)
- 1 biji telur
Kaedah
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan isi sardin dan kacau agar sebati.
- Masukkan sayur pula.
- Akhir sekali masukkan telur dan biarkan tanpa dikacau.
- Segera masukkan nasi dan kacau serta gaul sebati.
- Tambah kicap jika suka.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
- Siap!
Jika anda suka pedas potong cili api kecil-kecil dan taburkan di atas nasi goreng sejurus anda ingin menjamu nya. Sukatan resepi ini adalah untuk dua orang sahaja jika anda ingin membuatnya untuk tiga atau empat orang anda boleh menambah sukatan. Ingat untuk menggorengnya menggunakan api yang besar dan goreng nasi lebih lama. Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply