Resepi Kuih Bakar Labu
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan gula
4 biji telur
400 ml Santan Kara
1 cawan isi Labu ( Labu di kukus kemudian ambil isi dan lumatkan )
2 cawan Susu segar
1/8 cawan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit bijan sebagai hiasan
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan (kecuali bijan) dalam bekas besar kemudian pukul dengan pemukul tangan selama 10 minit.
2. Panaskan acuan kuih bakar kelopak 8. Oles dengan sedikit minyak, lalu tuangkan adunan dalam acuan dan tabur bijan di atasnya.
3. Bakar bahan dengan suhu 180C /360F atau hingga kuning tepinya, barulah diangkat. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Leave a Reply