Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Goreng Hailam (Untuk Dua Orang)

author name

📄

Resepi ini merupakan sebuah resepi yang diinovasikan dari mee hailam. Mee hailam ialah sejenis masakan berasaskan mee yang popular dikalangan orang cina. Kelebihan pada orang Malaysia ialah kepelbagaian bangsa dan budaya yang menyumbang pada berbagai-bagai jenis menu dan resepi yang boleh ditemui dinegara kita ini.

Oleh itu bagi anda yang tertanya-tanya apakah rasanya apabila hailam menggunakan bihun, apakata anda cuba sendiri resepi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bihun Goreng Hailam
Bahan A

  • 1/4 bungkus bihun (direndam 1/2 jam)
  • Segenggam taugeh (jika suka)

Bahan B

  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • 3/4 mangkuk kecil udang kertas (yang bersaiz kecil)

Bahan C 

  • 1 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar kering)
  • 3 biji cili kering (dikisar kering)

Bahan D

  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar Kicap Manis ABC
  • 2 camca besar kicap masin
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • Air secukup nya supaya bihun kita sedikit berkuah

BAHAN E

  • 4 ekor udang (dibuang kepala dan kulit nya)
  • Sedikit sayur (kucai atau lobak merah atau sawi)
  • Sedikit minyak bijan

Kaedah

  • Udang kertas kecil tidak perlu dibuang kepala, kulit dan ekornya. Cuma di basuh bersih sahaja.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing. Semasa menggoreng,  aroma udang akan keluar semerbanya.
  • Angkat dan toskan minyaknya dan masukkan ke dalam blender dengan sedikit air dan kisar sehingga halus. 
  • * Kulit-kulit udang yang digoreng garing akan hancur, jadi tidak perlu ditapis lagi.
  • Panaskan kembali minyak goreng udang tadi dan tumis hirisan bawang besar. Goreng sehingga layu.
  • Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hampir keperangan.
  • Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
  • Masukkan bihun, udang besar dan sayur. Ratakan semua, tutup tudung kuali dan perlahankan api supaya bihun masak dengan sempurna dengan wap yang terperangkap selama lebih kurang 5-6 minit
  • Selepas 5 minit, renjis minyak bijan dan ratakan kembali.
  • Siap untuk dihidangkan.

Sebelum mengoreng bihun, pastikan anda hanya rendam ia menggunakan air suhu bilik sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan ia hancur jika ia terlalu kembang. Kuah hailam sengaja dibiarkan cair, agar airnya akan melembutkan bihun kita tadi. Bihun berbeza dengan mee hailam iaitu ia adalah kering dan tidak berkuah, kerana itu namanya bihun goreng hailam. Rasanya amat sedap, amda haruslah mencubanya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *