Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 25 Resepi Sotong Kegemaran Ramai

author name

Sotong merupakan salah satu makanan laut yang paling digemari ramai. Terdapat pelbagai resepi masakan berasaskan sotong yang menarik seperti sotong goreng, sotong singgang, sambal tumis sotong ataupun sotong masak lemak cili api yang akan kami kongsikan disini. 

Sotong bukan sahaja sedap tetapi ia juga amat mudah disediakan. Oleh itu ia amat sesuai bagi anda yang selalu kehabisan idea untuk menyediakan hidangan buat keluarga yang tercinta. Apatah lagi bagi anda yang tidak punya banyak masa dan ingin sesuatu yang pantas dan sedap untuk hidangan. 

Berikut adalah 25 resepi sotong kegemaran ramai yang kami himpunkan untuk anda, mari kita lihat!

1)Resepi Kari Sotong (Ala Mamak)

Menu popular dikedai mamak, kari sotong biasanya menggunakan sotong saiz XL dikedai mamak. Mempunyai rasa yang amat lazat, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri.

Bahan-Bahan

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk halus

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk rempah tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

Kaedah

  • Panaskan minyak di dalam periuk. 
  • Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. 
  • Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  • Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  • Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
  • Siap.

2)Resepi Sotong Kam Heong

Resepi seterusnya merupakan satu resepi yang kerap dijadikan menu kegemaran di restoran masakan Cina. Sotong Kam Heong diperbuat daripada bahan-bahan yang sangat mudah ditemui. Perbezaannya hanyalah pada penggunaan serbuk kari bersama kicap. Jika anda ingin mencuba nya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong sederhana kecil.
  • 2 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 1/2 bawang besar(hiris)
  • 2 batang serai(hiris)
  • 3-4 biji cili padi(hiris)
  • 2 sudu serbuk kari ikan
  • Sedikit air
  • 1-2 sudu kicap
  • Sedikit minyak
  • Garam & gula secukup rasa

Kaedah

  • Goreng sotong tadi dengan sedikit minyak masak selama 1 minit. Angkat dan asingkan di dalam mangkuk.
  • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan serai dan cili padi. Goreng seketika.
  • Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sotong dan gaul sebati.
  • Tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sotong masak.

3)Resepi Sotong Masak Lada

Masakan seterusnya adalah masakan yang amat ringkas sesuai bagi anda yang tidak punya banyak masa untuk masak. Sotong masak lada-lada menggunakan bahan yang sangat ringkas tetapi ia menghasilkan rasa yang sangat sedap yang anda harus juga.

Bahan-bahan

  • 1/2 kg sotong
  • 3 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 ulas bawang putih di ketuk²
  • Garam
  • Perisa(ikut suka)
  • Minyak utk tumis
  • 1 biji bwg besar
  • 6 biji cili padi

Kaedah 

  • Tumis bawang putih hingga garing .
  • Kemudian pula masukkan sotong,serbuk kunyit,lada hitam,kacau rata.
  • Masukkan sos cili,garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong nipis bersama cili padi.
  • Apabila telah masak semua, tutup api.
  • Siap.

4)Resepi Rendang Sotong

Seterusnya resepi rendang sotong, yang amat jarang ditemui. Namun begitu kulit dari rasa memang sedap sewajarnya ia dijadikan perkongsian di sini. Bahan yang digunakan adalah sama seperti bahan rendang lain, bezanya sotong ini sebaiknya dikukus lebih awal agar ia depat kering. Anda harus cuba resepi ini.

Bahan utama

  • Sotong
  • Santan

Bahan kisar dan tumis

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia.
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Cili api
  • Rempah 3 sekawan(biji ketumbar, jintan manis, jintan kasar)

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sotong dan biarkan tanpa dipotong.
  • Kisar semua bahan kecuali bahan rempah 3 sekawan.
  • Apabila ia telah naik bau, masukkan santan dan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Masukkan kerisik, garam dan serbuk secukup rasa.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  • Akhir sekali masukkan sotong dan biarkan ia pekat baru tutup api.
  • Siap!

5)Resepi Sotong Masak Hitam

Sejenis masakan sotong yang jarang ditemui. Sotong masak hitam mempunyai rasa dan rupa yang lain dari kicap masak sotong kerana ia menggunakan dakwat sotong yang terdapat didalam badan sotong. Bagi anda yang ingin kelainandalam masakan harian cubalah resepi ini.

Bahan-bahan

  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia seinci
  • Cili ikut selera 
  • Sotong putih dibersihkan dan dipotong bulat, ketepikan dakwatnya dalam satu bekas lain.

Kaedah 

  • Hiris semua bawang, halia dan cili.
  • Kemudian tumis semua bahan.
  • Apabila telah layu, masukkan pula sotong.
  • Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan beberapa biji dakwat sotong, picitkam agar ia pecah.
  • Masak sehingga sebati.
  • Siap.

6)Resepi Sotong Singgang

Masakan ini merupakan masakan popular di negeri pantai timur. Singgang sotong seperti yang kita ketahui ialah masakan berasaskan air atau sup. Amat sedap kerana gabungan rasa apabila menggunakan sotong sebagai bahan utamanya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan-bahan

  • 250 gram sotong (dibasuh bersih dan toskan)
  • 2 batang serai (diketuk/dititik)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4-5 hiris halia
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya

Kaedah 

  • Didihkan air secukupnya dalam periuk (cukup untuk kuah).
  • Masukkan semua bahan-bahan seperti serai, bawang, halia, asam keping dan cili. 
  • Apabila kuah mendidih, masukkan sotong dan biarkan masak sehingga lembut. 
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Padamkan api.
  • Siap.

7)Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Satu lagi resepi popular yang menjadi kegemaran ramai. Sotong goreng tepung amat popular terutama di Trengganu atau Kelantan. Sedap dijadikan snek anda harus mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 500g sotong- bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan. (Tambahkan dengan 2sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan.)

Bahan tepung salutan 

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • *Gaul sebati semua bahan di atas
  • Telur 1 biji ( dipukul sebati)

Kaedah 

  • Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
  • Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian gaulkan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
  • Setelah itu, masukkan sotong satu persatu di dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dlm satu-satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.
  • Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.
  • Kaut semua kerak2 tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Ulang dan goreng hingga habis.

Sos pencicah (pilihan)

  • 3sudu besar sos thai
  • 1sudu besar mayonese
  • Gaul sebati sos, tabur dgn bijan jika suka.

8)Resepi Sotong Masak Kunyit

Resepi seterusnya merupakan sejenis masakan yang sangat ringkas. Sotong masak kunyit hanya mengguna beberapa bahan yang sangat minima. Yang penting sotong yang digunakan mestilah segar agar rasanya lebih sedap berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sekilo sotong
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 6 biji cili potong 2
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Sehelai daun kunyit hiris besar2
  • Sedikit garam dan serbuk perasa 

Kaedah

  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia & cili hingga naik bau
  • Masukkan serbuk kunyit
  • Masukkan sotong
  • Apabila telah separuh masak masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Apabila semua telah sebati bolehlah tutup api.
  • Siap.

9)Resepi Sotong Masak Lemak Cili Api

Seterusnya resepi ini merupakan masakan kegemaran orang Negeri Sembilan. Sotong masak lemak cili api memberi rasa yang sedikit berbeza berbanding menggunakan udang atau ayam. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat – boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 3 biji cili merah/segenggam cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup

Kaedah 

  • Bersihkan sotong dan ketepikan semua dulu .
  • Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan kisar sampai wangi .
  • Masukkan santan , serai dan asam keping .
  • Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .
  • Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur.
  • Siap

10)Resepi Sotong Masak Kicap Pedas

Seterusnya masakan yang amat sedap menggunakan sotong. Iaitu Sotong masak kicap pedas. Masakan ini menggunakan bahan rempah oleh itu ia memberi rasa yang amat lain. Jika anda ingin mencuba nya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan bahan

  • 750 gram sotong
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga law
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu cili kisar
  • Kicap lemak manis Jalen

Bahan Tumbuk

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Kaedah

  • Panaskan sotong di dalam kuali. Masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan toskan. Ianya bertujuan supaya masakan kita tidak berkuah dengan air sotong.
  • Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak.
  • Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan pula kicap diikuti dengan cili cili hidup dan bawang besar. 

11)Resepi Sotong Cili Padi Petai

Seterusnya resepi Sotong cili padi petai, masakan ini amat saja bagi anda yang suka makan petang. Dia tidak sama seperti masak udang petai atau ikan bilis petai. Oleh itu jika anda ingin tahu bagaimana rasanya anda haruslah mencuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • ½ genggam cili api
  • 2 ulas cili merah
  • 1 batang serai
  • Segenggam petai (sukatan mengikut anggaran sendiri)
  • 500g sotong (hiris dan potong bulat)

Kaedah

  • Goreng dahulu sotong yang telah diperasakan dengan garam dan sedikit kunyit. Ketepikan
  • Kisar semua bahan kecuali serai.
  • Tumbuk pecah serai
  • Tumiskan bahan kisar, masukkan serai.
  • Apabila cili telah mula garing, masukkan sotong yang telah digoreng awal tadi.
  • Masukkan petai dan biarkan sehingga semua bahan sebati
  • Siap.

12)Resepi Sotong Masak Serai

Seterusnya masakan sotong masak serai yang amat sedap menggunakan bahan seperti sotong singgang cuma bezanya ia menggunakan santan. Para penggemar seafood patut cuba resepi ini. Resepi dikongsikan oleh Chinta Damia‎ di laman Facebook.

sotong masak serai
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sotong 5-7 ekor,
  • Santan,
  • Bawang merah* (4 biji),
  • Halia* (sebesar ibu jari),
  • Bawang putih* (1 ulas),
  • Serai (diketuk),
  • Bawang besar (dipotong wedges),
  • Gula,
  • Garam,
  • Ajinomoto,
  • Lada besar hijau,
  • Tumbuk@blend bahan bertanda*.

Cara-cara :

  • Masukkan santan ke dalam periuk.
  • Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk. Biarkan santan mendidih.
  • Setelah santan mendidih masukkan serai, sotong, bawang besar yang dipotong wedges, sedikit garam, gula dan ajinomoto untuk perasakan.
  • Akhir sekali masukkan lada hijau untuk rasa pedas-pedas sedikit.

13)Resepi Sotong Sambal Nampla

Seterusnya sejenis masakan berasal daripada Thailand. Sotong sambal nampla menggunakan bahan-bahan yang sangat beraroma dan mempunyai rasa yang amat sedap.Resepi ini dikongsikan oleh Yuss Aisya dan mendapat banyak likes di media sosial, anda harus mencubanya.

sambal-sotong-nampla
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sotong
  • Bawang putih ketuk
  • Serai ketuk
  • Nampla (fish sauce)
  • Cili kering kisar
  • Gula
  • Jus limau nipis
  • Semua kuantiti agak – agak sahaja

Cara – cara memasak:

  • Tumiskan bawang putih dan serai.
  • Tumiskan cili kisar.
  • Tunggu garing dan masukkan nampla dan gula.
  • Perahkan limau nipis.
  • Masukkan sotong dan besarkan api.
  • Gorengkan selama dua minit.
  • Siap!

14)Resepi Sotong Bakar Portugis

Resepi ini dikongsikan oleh Atie Jumaat dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sotong bakar Portugis ini mempunyai bahan yang sama seperti ikan bakar, oleh itu rasanya amar sedap. Anda harus mencuba resepi ini!

sotong-portugis
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sotong besar 5 ekor (potong 4)
  • Minyak bawang putih 4sb
  • Kacang Bendi (hiris)
  • Daun limau purut (hiris halus)
  • Gula perang 1sb
  • Garam

Bahan Kisar:


  • Lada merah 7 tangkai
  • Cili padi merah 6 tangkai
  • Bawang besar 2 biji
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Serai 1 batang
  • Tomato 1 biji
  • (kisar halus semua)

Cara – cara penyediaan:

  • Ketuk dan cincang kasar kasar 6 biji bawang putih.
  • Kemudian, panaskan minyak sebanyak 4 sudu besar.
  • Gorengkan bawang sehingga kekuningan.
  • Angkat dan sejukkan bawang bersama minyak.
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  • Masukkan sotong dan gaul sebati.
  • Masukkan sotong kedalam aluminium foil. Tutup dan bakar kedalam ketuhar selama 15 minit.
  • Koyakkan aluminium foil dan masukkan kacang bendi. Masak sekejap sahaja.
  • Apabila sudah masak, curahkan minyak bawang putih dan taburkan daun limau purut yang telah dihiris.
  • Siap!

15) Resepi Sotong Masak Ala Thai

Resepi ini dikongsikan oleh Liz OmMar dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Sesuai untuk anda yang ingin mencuba sesuatu yang lain, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

sotong-ala-thai
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
  • 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
  • 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar

Cara – cara memasak:

  • Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
  • Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
  • Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
  • Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
  • Sedia untuk dinikmati.

17)Resepi Sotong Goreng Mentega

Resepi ini mempunyai bahan yang sama seperti udang goreng mentega. Ia dikongsikan oleh Cik Intan Abd Rahim dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Mari lihat bahan-bahannya.

sotong-goreng-butter
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Tepung Bestari
  • Telur 2 biji
  • Butter
  • Daun kari
  • Bawang putih
  • Cili padi ( terpulang nak letak atau tak )

Cara – cara memasak:

  • Celup sotong dalam tepung bestari bersama air sedikit.
  • Kemudian sediakan tepung bestari sahaja. Ini untuk salutan kedua sebelum sotong di goreng. Sotong akan lebih rangup dan tak meletup. Selesai menggoreng, asingkan dahulu dan sediakan kuah butter.
  • Masukan minyak bersama butter di kuali.
  • Tumis bawang bersama cili api, daun kari.
  • Ambil kuning telur sahaja. Hancurkan dan masukkan ke dalam kuali secara perlahan sambil kacau telur kuning selaju yang boleh.
  • Masukan perasa dan garam sedikit.
  • Masukan gula sikit.
  • Angkat kuah butter bila dah berbuih tinggi dan campur dengan sotong yang kita goreng pada awalnya. Jangan lupa tos dahulu jika nak kering.

18) Resepi Ketupat Sotong

Masakan ini sangat popular di negeri Kelantan.Resepi ini dikongsikan oleh Wani Sulinan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Anda juga boleh mencubanya dan bahan-bahannya ialah seperti berikut.

ketupat-sotong
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sotong
  • Beras pulut
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Santan dari sebiji kelapa

Cara – cara memasak:

  • Bersihkan sotong dan buang kulitnya sampai licin.
  • Masukkan beras pulut yang dah direndamkan dengan santan selama 5 minit ke dalam perut sotong dan sematkn dengan lidi supaya kepala sotong tak tercabut (jangan bubuh penuh nanti pulut tidak masak)
  • Panaskan santan dan gula melaka hingga gula cair dan letakkan garam sikit je.
  • Masukkan daun pandan.
  • Masukkan sotong ke dalam periuk bertutup dan masak selama setengah jam sehingga gula menjadi pekat.
  • Siap!

19) Resepi Sotong Bakar Berkuah

Masakan ini amat sesuai dihidangkan di waktu makan tengah hari bersama keluarga tercinta.Resepi ini dikongsikan oleh Anna El Zehra dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

sotong-bakar-berkuah
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg sotong
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam dan ajinamoto
  • Kuah
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili padi*
  • Kacang panjang
  • Lobak
  • 1 biji bawang holland hiris
  • Cili dihiris
  • Kisarkan bahan bertanda (*)

Cara – cara memasak:

Sotong bakar:

  • Kelar sotong
  • Masukkan kesemua bahan selain sotong kedalam bekas.
  • Kacaukan.
  • Masukkan sotong dan perap selama 1 – 2 jam.
  • Bakar sotong.
  • Kuah
  • Tumiskan bahan kisar tadi.
  • Masukkan lobak.
  • Masukkan bawang holland dan cili yang dihiris.
  • Masukkan kacang panjang.
  • Masukkan kuah perapan tadi, kalau warna kurang gelap, tambahkan kicap sedikit.
  • Tutup api dan curahkan di atas sotong bakar tadi.
  • Siap!

20) Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur

Masakan ini amat unik dan sedap ia dikongsikan oleh Nurul Shazalina Zainudin dan mendapat banyak likes di Facebook. Bagi anda yang suka kelainan mari cuba resepi ini.

sotong-sumbat
Image via Facebook

Bahan – bahan:

Sotong sumbat:

  • Sotong 4 ekor
  • Udang dalam 5 ekor cincang halus
  • Bawang besar setengah (dadu)
  • Bawang putih seulas (dadu)
  • Telur 3 biji
  • Daun bawang

Sambal:

  • Cili boh (dikisar bersama bawang)
  • Gula
  • Garam

Cara – cara memasak:

Sotong sumbat:

  • Bersihkan sotong.
  • Campur telur, udang, bawang, dan daun bawang.
  • Goreng separa masak dan asingkan.
  • Bila telur dah sejuk, sumbat padat – padat kedalam sotong.

Sambal:

  • Tumiskan cili boh sehingga garing.
  • Masukkan garam dan gula.
  • Masukkan sotong sumbat dan tutupkan kuali bagi sotong masak sekata.

21) Resepi Sotong Bakar Sambal

Sesuai dimakan diwaktu istimewa seperi dibulan puasa, resepi ini dikongsikan oleh Norhaya Badai dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jika anda ingin mencubanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.

sotong-bakar-sambal
Image via Facebook

Bahan – bahan:

Sambal:

  • Cili kering
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Udang kering
  • Cili padi
  • Halia
  • Sotong

Cara – cara memasak:

  • Basuhkan sotong kemudian toskan sehingga airnya kering.
  • Panaskan pan, kemudian leyakkan sotong dan tutup sekejap supaya sotongnya keluar air.
  • Buangkan air sotong dan letakkan daun pisang dan sedikit sambal.
  • Masakkan bersama sambal sehingga sebati dan tutup.
  • Perahkan limau untuk menambah perisa.

22) Resepi Sambal Tumis Sotong Petai

Resepi yang mudah dan sedap ini telah dikongsikan oleh Jas Miza di laman Facebooknya. Sesuai sebagai hidangan dihari biasa untuk jamuan seisi keluarga, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Cili kering*
  • Belacan*
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Petai
  • Sotong
  • Ajinamoto
  • Garam
  • Air asam jawa
  • P/s: Blend bahan yang bertanda *.

Cara penyediaannya:

  • Panaskan minyak dan masukkan cili yang telah diblend sehingga pecah minyak.
  • Masukkan gula, ajinamoto, garam dan air asam jawa.
  • Kemudian, masukkan sotong dan petai.
  • Kacau dan tunggu sekitar 3-4 minit dan masukkan bawang besar.
  • Tutup api dan siap!

23) Resepi Sotong Masak Kicap Berempah

Sotong masak kicap ini sememangnya menjadi kegemaran ramai apatah lagi apabila menggunakan sotong.Resepi ini dikongsikan oleh Salina Saad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Anda harus mencubanya.

sotong-masak-kicap-berempah
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bawamg putih (hiris)
  • Halia (hiris panjang)
  • Rempah kari (agak2 je)
  • Cili kisar (dikisar bersama bawang besar+bawang putih+belacan)
  • Nota: Satukan rempah kari dan cili kisar, buatkan seperti pes.
  • Bwg besar (hiris bulat)
  • Cili padi hijau/merah (belah dua)
  • Air asam jawa
  • Air sedikit (utk kuah)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Gula
  • Garam (jika perlu)
  • Perasa
  • Sotong (dicuci dan dipotong)
  • Nota: Rendamkan sotong dengan air asam jawa dan garam sebentar.

Langkah – langkah memasak:

  • Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih dan halia yang dihiris sampai naik bau. Kemudian, masukkan pes rempah kari tadi.
  • Tumiskan sehingga rempah garing dan pecah minyak.
  • Apabila bahan rempah sudah garing, masukkan air asam jawa dan air sedikit.
  • Kemudian, masukkan kesemua sos dan masukkan bersama gula dan perasa. Biarkan kuah mendidih.
  • Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sotong tadi dan balik – balikkan supaya sotong masak.
  • Akhir sekali, masukkan bawang hiris bulat dan cili padi. Siap!

24) Resepi Sambal Sotong

Resepi ini sedikit berbeza kerana ia menggunakan sotong kembang atau sesetengah orang memanggilnya sotong plastik apapun anda harus mencubanya.Resepi ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga, berikut adalah bahan yang diperlukan.

sambal-sotong
Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan kisar:

  • 15 biji Cili kering (gunting memanjang, rebus, bilas dengan air, tos)
  • Air
  • 3 biji cili merah
  • Sedikit minyak masak
  • 1/2 biji bawang Holland/merah
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1/2 biji Bawang Holland/merah-hiris
  • 3 ulas Bawang putih – hiris
  • 2 ekor Sotong Plastik – hiris dan tos
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Pes/air asam jawa
  • Minyak masak
  • 2 helai daun pandan

Cara – cara memasak:

  • 1. Panaskan minyak (banyak sedikit), tumis bawang Holland & bawang putih.
  • 2. Masukkan bahan blend dan daun pandan. Kacau sehingga bertukar ke warna gelap sedikit. Masukkan air sedikit. 
  • 3. Masukkan garam, gula dan asam jawa.Pastikan cukup rasa masin, manis dan masam.
  • 4. Masukkan sotong. Gaul dan tunggu sampai empuk. Tambah air sedikit jika sudah agak kering dan masaklah sehingga sotong nampak kembang.
  • 5. Sambal perlu beberapa kali masuk air jika tidak ia akan menjadi terlalu kering. Siap!

25) Resepi Sotong Sumbat Bercili Kelantan

Sedap lain macam, sotong sumbat amat popular di Kelantan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puteri Saadong dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi sudah pasti ia digemari ramai, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Sotong-Sumbat-Bercili-Kelantan
Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan untuk sumbat:

  • Bawang merah *
  • Bawang putih *
  • Cili hijau *
  • Isi ayam/udang
  • 2 biji telur
  • Garam

Bahan untuk sos:

  • Bawang putih *
  • Cili hijau *
  • Sos ikan/kicap sotong
  • Garam
  • Gula melaka
  • Air limau nipis
  • Daun ketumbar

Langkah – langkah memasak:

Untuk sotong sumbat:

  • Potong dadu bahan * dan tumiskan.
  • Masukkan ayam/udang dan kacau sehingga masak.
  • Pecahkan telur dan kacau sehingga telur hancur.
  • Sumbatkan bahan kedalam sotong dan bakar.
  • Apabila sotong sudah hampir masak, hiriskan sotong.

Sos:

  • Tumbukkan bahan bertanda * dan campurkan kesemua sos.
  • Tuangkan keatas sotong.
  • Siap!

Itulah himpunan 25 resepi berasaskan sotong yang menjadi kegemaran orang kita. Bagi anda yang sering kehabisan idea untuk menyediakan hidangan yang sedap dan berkhasiat bagi keluarga anda diharap anda akan sudi rujuk koleksi 25 resepi sotong ini. Jangan lupa like dan share juga agar dapat dimanafaatkan orang lain juga. Selamat mencuba!

Koleksi Resepi Lain

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *