Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sayur Kobis Cina (Ringkas Dan Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sayur yang ringkas. Seperti yang kita ketahui sayur-sayuran mempunyai banyak khasiat. Namun ramai orang yang tidak berapa gemar makan sayur. Sayur kobis cina adalah sejenis sayur seperti kobis namun daunnya lebih panjang dan mempunyai sedikit warna hijau didaunnya. Kobis cina ia lebih manis berbanding kobis biasa.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi sayir goreng kobis cina yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Berikut adalah bahan-bahannya dan car mengoreng kobis cina ini.

Resepi Sayur Kobis Cina (Ringkas Dan Sedap)
Bahan utama

  • Kobis cina sebelah saiz sederhana.
  • Jagung kecil 3 batang
  • ½ batang lobak merah

Bahan tumbuk

  • 1 batang cili merah
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan siang mengikut kebiasaanatau saiz yang anda suka.
  • Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau, masukkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
  • Masukkan sayur lobak merah dahulu diikuti jagung dan akhir sekali kobis cina.
  • Masukkan sedikit air jika ia terlalu pekat, tambah air jika anda suka berkuah.
  • Siap.

Oleh kerana sayur mempunyai banyak zat vitamin dan mineral, jadi anda haruslah mengoreng Dengan menggunakan api yang besar. Ia seharusnya dimasak cepat agar segala khasiatnya dapat dipelihara . Dengan itu anda akan dapat manafaatnya. Oleh itu jangan lupa mencuba ya resepi ringkas ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *