Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang baru-baru ini viral dinegara kita. Cha Ba Ang adalah sejenis manisan yang berasal dari negeri Thailand. Ia mengandungi susu, air gula merah, cincau dan biji selasih. Minuman ini amat sedap jadi tidak hairan jika dengan mudah ia menjadi kegemaran orang Malaysia dalam masa yang singkat sahaja.
Bagaimanapun kali ini Madam akan kongsikan bersama anda resepi Cha Ba Ang ini, berikut adalah bahan-bahan diperlukan.
Resepi Cha Ba Ang (Air Viral)
Bahan-bahan
A
- 1-2 tiub cincau manis (parut)
- Gula karamel – masak 1 cawan gula perang dengan 1 cawan air
- 3 sudu makan selasih – rendam air panas
B
- 2 cawan susu penuh krim
- 1 cawan susu cair
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
- Ais secukupnya
Kaedah
- Mula-mula bancuhkan semua bahan B didalam jag kecil.
- Kemudian sediakan satu gelas tinggi.
- Mula dengan air gula, diikut dengan cincau parut, biji selasih dan ais dahulu.
- Kemduian barulah tambah bancuhan bahan B.
- Tambahkan straw, kacau sebelum minum.
Rasa cha ba ang ini sangat berbeza berbanding cincau atau bandung cincau. Penggunaan biji selasih, air gula melaka dan susu menjadikan rasanya sangat sedap dan gabungan kesemua bahan ini menjadi ia sangat unik dan sedap sekali.
Apapun anda seharusnya mencuba sendiri resepi, tambahan pula bahan-bahannya sangat mudah didapati. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply