Resepi 3 Layer Tea (Sedap Dan Mudah)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang agak popular. Three layer tea atau Teh C Peng mendapat namanya dari rupanya yang berlapis-lapis. Ia diperbuat dari air gula melaka, susu cair, teh pekat dan ais, Teh C Peng dalam bahasa lain bermakna Teh,  C pula bermakna teh ini menggunakan susu cair manakala peng pula membawa makna ais. 

Teh 3 lapis ini makin popular dinegara kita, ia kini boleh ditemui dikebanyakkan restoran dan cafe. Bagaimanapun ia agak mahal, oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi dan cara membuat teh 3 lapis ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi 3 Layer Tea (Sedap Dan Mudah)
Bahan-bahan

  • 2 uncang teh
  • 3 keping gula melaka
  • 1/2 tin susu cair F&N
  • Sedikit air
  • Ais

Kaedah 

  • Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  • Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur.
  • Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  • Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka.
  • Kemudian masukkan susu cair F&N dengan perlahan-lahan.
  • Masukkan air teh dengan perlahan-lahan.
  • Siap untuk diminum.

Bagi anda yang meminati pelbagai jenis minuman anda pasti suka akan rasanya. Kerana minuman ini menggunakan air gula melaka yang pasti menaikkan selera anda. Apapun anda seharusnya mencuba dahulu resepi ini kerana ia sangat mudah dan bahannya juga mudah ditemui. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *