Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan kaum bangsa India. Beruntungnya negara kita, kerana kita bukan sahaja mempunyai pelbagai kaun didalamnya. Tetapi kita juga boleh hidup dengan harmoni, buktinya masakan ini adalah olahan masakan orang India yang sangat sesuai dengan selera orang Melayu.
Ayam masak garam adalah nama didalam bahasa melayu, sebenarnya ia mempunyai nama tamilnya. Tetapi Madam tidak tahu ejaannya. Masakan ini sangat ringkas dan menggunakan banyak bahan yang mempunyai aroma dan rasa yang kuat. Contohnya jintan dan halba campur ia mempunyai khasiat dan rasa yang sedap dan kuat. Apakata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Resepi Ayam Masak Garam (Masakan Tamil)
Bahan-bahan
- ½ kg ayam (bersihkan dan potong kecil)
Bahan hiris
- 1 sudu besar halba campur
- 1 sudu teh jintan kasar
Bahan tumis
- Bawang putih 5 ulas
- Bawang besar 1 ulas
- Cili kering 10 batang
- Tomato 1 biji
- Serbuk kunyit
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
- Daun kari 2 pelepah atau segenggam.
Kaedah
- Mula-mula bersihkan ayam dan perasakan dengan sedikit garam.
- Hiris semua bahan tumis iaitu bawang putih, bawang besar dan tomato. Manakala cili kering hanya sekadar gunting dibelah untuk dibuang bijinya.
- Tumiskan halba campur bersama jintan kasar hingga naik bau.
- Selepas itu tumiskan semua bahan hiris kecuali daun kari.
- Masukkan serbuk kunyit dan garam serta serbuk perasa. Ini dibuat supaya bawang dan bahan tumis lain mesra dan sebati.
- Masukkan ayam, masak sehingga ia masak. Masukkan sedikit jika perlu.
- Atau tutup dengan penutup agar ayam mengeluarkan airnya sendiri.
- Akhir sekali masukkan daun kari, masak hingga masakan menjadi kering.
- Siap.
Ayam masak garam ini, walaupun namanya begitu ia sebenarnya tidaklah masin. Ia amat sedap terutama bila aroma rempah dan daun kari menusuk ke hidung. Ia juga mempunyai rasa yang hangat atau pedas, jadi anda boleh anggarkan sendiri sukatan cili kering jika anda suka.
Oleh itu bagi anda yang telah kehabisan idea untuk memasak, apakata cuba resipi ini pula. Ia bukan sahaja mudah, sedap tetapi sangat cepat untuk dipersiapkan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply