Resepi Kopi O Dan Kopi C (Ala Kopitiam)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sangat mudah. Terutama bagi anda yang meminati kopi kampung yang biasanya dihidang dikopitiam. Kopi kampung biasanya menggunakan kopi jenis Robusta. Kopi Robusta adalah kopi yang sedikit pahit dan mempunyai kadar kafein yang lebih tinggi. Oleh itu ia menjadi kegemaran terutama pada masyarakat dahulu yang biasanya mempunyai pekerjaan berat seperti bertani. 

Kopi dan kopi c diperbuat dari jenis kopi yang sama, biji kopi ini dipanggang atau digoreng tanpa minyak kemudian ia dikisar hingga menjadi serbuk. Jika disesetengah pasar pagi, serbuk kopi seperti masih boleh ditemui. Kebanyakkan yang dijual disitu adalah biji kopi yamg masih segar. Namun kini ia juga boleh ditemui di pasaraya besar, ia dibungkus dengan kemas menjadikan ia tetap segar diminum. Kali ini Madam akan kongsikan cara Madam membuat kopi O dan kopi C ini yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Resepi Kopi O Dan Kopi C (Ala Kopitiam)
Bahan-bahan 

  • 2 sudu besar serbuk kopi (sebarang jenama)
  • 400 ml air panas (untuk dua mug)
  • 6 sudu besar gula

Kaedah 

  • Mula-mula masukkan serbuk kopi didalam jug dan masukkan air panas menggunakan mug yang hendak digunakan.
  • Biarkan seketika sehingga kopi benar-benar kembang.
  • Masukkan gula didalam mug yang menjadi pilihan.
  • Tuang kopi dan kacau hingga ia larut sepenuhnya.
  • Siap sudah kopi O dan bolehlah dihidangkan.

Kopi C

Bahan-bahan 

  • 2 sudu besar serbuk kopi (sebarang jenama)
  • 400 ml air panas (untuk dua mug)
  • 6 sudu besar gula
  • 100 ml susu cair (untuk dua mug)

Kaedah 

  • Mula-mula masukkan serbuk kopi didalam jug dan masukkan air panas menggunakan mug yang hendak digunakan.
  • Biarkan seketika sehingga kopi benar-benar kembang.
  • Masukkan gula didalam mug yang menjadi pilihan.
  • Tuangkan susu cair separuh atau suku didalam mug.
  • Tuang kopi hingga memenuhi mug dan kacau hingga ia larut sepenuhnya.
  • Kopi C telah siap dan bolehlah dihidangkan.
Kopi O.
Kopi C.
Minum bersama roti bakar.

Kopi yang biasa Madam gunakan ialah jenama Hang Tuah kerana ia paling mudah ditemui. Namun jika berkesempatan kami akan beli kopi yang dijual dipasar pagi, kerana ia mempunyai rasa yang lebih ‘kaw’. Sekali sekala kami akan ke kopitiam yang halal untuk mencari secawan kopi yang enak dan menyegarkan. 

Minum kopi bersama roti titab atau roti bakar ala kopitiam dirumah sendiri sememangnya menjadi antara aktiviti mingguan kami . Jangan lupa untuk mencuba ya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *