Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kek yang sangat mudah tetapi sedap. Kek ini pernah menjadi ‘best selling’ Madam sebelum ini. Ia sangat digemari terutamanya kanak-kanak. Kek coklat blueberi ini dibuat menggunakan kek span coklat , inti blueberi dan dilepa mengguna ‘fresh cream’ . Namun untuk kali ini Madam melepa kek ini menggunakan ‘buttercream’ pula. Biasanya ‘buttercream digunakan untuk kek hantaran atau sebagai kek potong majlis perkahwinan.
Bagi inti blueberi, kali ini Madam menggunakan jem homemade. Inti ini Madam buat dari buah blueberi yang segar. Caranya juga sangat mudah, namun anda juga boleh beli ‘blueberry filling’ di kedai-kedai yang membekalkan barangan bakeri.
Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Resepi Kek Coklat Blueberi (Yang Mudah)
Bahan-bahan
Resepi Kek Span Coklat (Cara Mudah)
Bahan-bahan
- 250g sponge mix
- 4 biji telur gred A
- 60ml air
- 60ml minyak masak
- 2 sudu besar koko / emulco coklat
Kaedah
- Panaskan oven selama 10min.
- Gris dan lapikkan loyang saiz 9” atau 8”.
- Mula dengan kelajuan pengadun yang perlahan, pukul tepung premix dengan telur.
- Tambahkan kelajuannya dan pukul hingga adunan bertukar menjadi pucat dan mempunyai tekstur yang kental. Jika disentuh dengan jari ia menghasilkan konsistensi “stiff peak’.
- Perlahankan pengadun, tambahkan air. Kemudian tambahkan semula kelajuan pengadun, terus pukul adunan sehingga ia menjadi gebu dan tutup pengadun.
- Kaup balik serbuk koko/emulco coklat hingga sebati.
- Akhir sekali kaup balik minyak masak.Pastikan minyak benar-benar bercampur dan sebati.
- Tuang didalam loyang saiz 9” atau 8”. Bakar pada suhu 160c selama 40min.
- Bila telah masak cucuk dengan lidi dulu untuk pastikan ia masak didalam dan terus terbalikkan ia atas redai bersama-sama dengan loyangnya.
- Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. Ini adalah supaya bentuk kek kekal cantik.
- Kemudian barulah keluarkan ia dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.
Resepi ‘Blueberry Filling’
Bahan-bahan
- Buah blueberi segar sepeket kecil
- Dua cawan gula
- 500 ml air
- 2 sudu besar blueberry emulco
- 4 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan satu gelas air.
Kaedah
- Mula-mula masukkan blueberry di dalam periuk.
- Masukkan gula yang telah di sukat.
- Masukkan juga air dan mulai masak dengan api yang keci
- Kemudian masukkan blueberry elmelco
- Masak sehingga mendidih
- Apabila telah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung tadi
- Masak sehingga semuanya sebati.
- Simpan dalam bekas kedap udara dan kemudian letak dalam petiais sebelum digunakan.
Resepi Buttercream (Sedap Untuk Dimakan)
Bahan-bahan
- 250g butter (apa-apa jenis sahaja)
- 300g shortening (krimwell juga boleh)
- 300g susu manis (boleh dianggar manisnya mengikut selera)
Kaedah
- Putar butter dan shortening dahulu agar ia sebati.
- Kemudian perlahan masukkan susu manis dan putar lagi hingga warnaya lebih pucat dan saiznya makin bertambah menjadi gebu.
- Sedia untuk digunakan.
Cara-cara membuat kek ini adalah seperti didalam gambar dibawah.
Kek coklat kali ini diubah suai menggunakan vanila sponge mix, ini kerana harganya lebih murah. Tambahan pula kita boleh menganggarkan jumlah coklat yang kita inginkan. Ia sangat menjimatkan jika anda bercadang untuk menerima tempahan.
Cubalah resepi ini untuk meraikan ulangtahun bersama yang tersayang. Atau boleh juga dibuat untuk dibawa ke tempat kerja, meraikan hari-hari terbaik anda.
Resepi Lain Yang Menarik.
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.
Leave a Reply