Resepi kali ini ialah sebuah resepi yang sangat sesuai dijadikan kek keraian seperti kek harijadi atau ulangtahun. Ini adalah kerana ia sangat mudah dibuat dan dihiasi. Tidaklah diketahui mengapa nama kek ini kek rugged, namun boleh jadi namanya begitu kerana ianya dihiasi sangat ringkas dan sedikit comot.
Asas kek rugged sebenarnya ialah kek coklat moist yang popular dan mudah.
Ianya diisi dengan cream cheese dan coklat cream. Kedua bahan ini perlulah stabil kerana biasanya kek rugged dihiasi tanpa lepaan luar yang kebiasaannya kemas, atau nama panggilan ‘naked cake’. Ini adalah antara trend terbaru mendekorasi kek.
Jadi, apakata kita lihat sebentar resepi dan bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Kek Rugged (Cheese Yang Stabil)
Bahan-bahan A
- 1 cawan besar tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1sudu teh soda bikabornat
- ½ sudu teh garam
Bahan-bahan B
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- ½ cawan susu cair
Bahan-bahan C
- Telur gred A 2 biji
- 1 sudu teh esen vanilla
Kaedah
- Panaskan pengukus dan griskan loyang saiz 8’ dan lapikkan dengan kertas minyak.
- Seterusnya, ayak bahan-bahan A dahulu dan ketepikan.
- Letakkan bahan-bahan B dalam periuk dan masakkan dengan api kecil. Kacau jangan biar ia hangit. Cukup sekadar gulanya larut, tutup api. Biar ia sejuk sedikit.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul sebati. Tambahkan esen vanilla.
- Sekarang tambahkan bahan-bahan A yang telah diayak.
- Kaup balik hingga bancuhan menjadi sebati.
- Tuang kedalam loyang yang telah siap digris tadi.
- Kukus didalam pengukus selama 40 minit. Pastikan api tidak terlalu panas supaya ia masak rata dan tidak pecah tengah.
- Apabila telah masak , cucuk dengan lidi untukmemastikan ia masak sepenuhnya. Biarkan seketika didalam loyang. Ia untuk mengekalkan bentuknya.
- Tunggu sejuk sebelum dihias dengan krim cheese dan krim coklat.
Resepi Krim Cheese
Bahan-bahan
- 125g cream cheese
- 3 sudu besar susu manis
- 100ml fresh cream
Kaedah
- Pukul cream cheese hingga lembut dan sebati.
- Tambahkan susu manis hingga ianya gebu. Ketepikan.
- Dalam bekas lain pukul fresh cream hingga gebu.
- Dengan teknik kaup balik, campurkan bancuhan cream cheese ini dengan fresh cream.
- Siap.
Resepi Krim Coklat
- 125g dark choc
- 100ml susu cair
- 100ml fresh cream
Kaedah
- Double boil dark choc hingga benar- benar cair.
- Tambahkan susu cair dan kacau agar keduanya sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas lain pukul fresh cream hingga gebu.
- Dengan teknik kaup balik, campurkan bancuhan coklat tadi dengan fresh cream.
- Siap.
Bahan hiasan.
- Buah strawberi
- Coklat Kit Kat
- Untuk menyempurnakan kek rugged, isikan lapisan pertama dengan isian cheese disusuli choc cream, ulang untuk lapisan kedua. Akhir sekali hiasi bahagian atas dengan choc cream, cheese, buah strawberi dan Kit Kat.
- Siap sepenuhnya, simpan dalam petiais sebelum memotong kek.
Rasa kek ini lebih sedap berbanding kek coklat moist biasa kerana inti cheese dan krim coklat itu seimbang keenakkannya. Manakala rasa strawberi dan aromanya yang unik membangkit rasa coklat dan cheese yang bergabung tadi.
Jadi jika selama ini anda tercari-cari resepi cheese yang stabil untuk dijadikan inti kek rugged, ini lah ia. Oleh itu jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!
Resepi Lain Yang Menarik
Terima kasih kerana singgah ke laman kami,disini kami ada pelbagai lagi resepi yang terbukti menjadi. Jadi selamat mencuba jangan lupa like dan share.
Leave a Reply