Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Cili Api Udang Kacang Buncis (Simple Sangat)

author name

📄

 Resepi kali ini, merupakan salah satu versi lain masak lemak cili api. Seperti yang diketahui masakan ini berasal dari Negeri Sembilan, dimana ia terkenal dengan masakan yang pedas. Masakan lemak cili api ialah masakan yang mengabungkan cili api dan santan. Antara bahan lain yang ditambah ialah serai,  bawang merah bawang putih dan kunyit hidup.

Namun bagi memasak lemak cili api udang, biasanya ia menggunakan cili api, kunyit dan santan sahaja. Ini kerana bagi memelihara rasa manis udang tersebut, jadi sekarang mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi kali ini.

Resepi Lemak Cili Api Udang Kacang Buncis.(Simple Sangat)

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang galah atau udang bersaiz besar.
  • Segenggam cili api
  • Santan 1 peket kecil
  • Asam keping ½ keping (atau 1 keping saiz kecil)
  • Serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Kacang buncis 10-15 batang, dipotong pendek-pendek
  • Air secukupnya.

Kaedah 

  • Kisarkan cili api bersama ½ peket santan dan tambah air jika perlu.
  • Tuang kedalam periuk, nyalakan api. 
  • Tambahkan serbuk kunyit,asam keping dan air lagi untuk lebih kuah.
  • Masak hingga mengelegak, baru masukkan kacang buncis
  • Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan kunyit lagi jika ia kurang kuning.
  • Tambahkan baki santan. Masak lagi hingga mengelegak dan masukkan udang.
  • Masak udang jangan terlalu lama, memadai ia bertukar warna merah sepenuhnya. Tutup api.
  • Siap untuk dihidang bersama nasi panas.

Rasa masakan ini mampu menambat hati, terutama bagi peminat ‘seafood’. Jika anda suka masakan yang pedas, lemak dan manis sedikit, anda boleh cuba resepi ini. Anda boleh juga guna udang kertas biasa yang putih atau hitam, kerana keduanya mempunyai rasa yang sedap. Hanyalah sedikit petua yang Madam amalkan ialah memerap udang itu dengan garam,serbuk kunyit dan sedikit gula sebelum menambah ia dalam masakan.

Jadi cubalah resepi ini, kerana anda pasti suka akan rasanya. Ia juga sangat mudah dan cepat disiapkan. Anda boleh hidangkan ia sebagai hidangan dihujung minggu nanti. Selamat mencuba.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana singgah ke laman kami,disini kami ada pelbagai lagi resepi yang terbukti menjadi. Jadi selamat mencuba jangan lupa like dan share.


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *