Resepi kali ini, adalah menu kegemaran anak-anak bila berkunjung ke kedai mamak. Kadang-kadang tertanya bagaimana mamak menghasilkan gorengan yang sebegitu. Ia bermula dengan saiznya yang besar. Kulitnya pula rangup. Isinya ‘Juicy” dan warnanya yang sedikit merah itu.
Namun ayam goreng mamak sememangnya sedap,menjadi pilihan bila makan nasi kandar. Sedap juga dinikmati bersama sup kambing mamak yang sangat pekat dan berempah.
Oleh kerana anak-anak mengemarinya, maka Madam berusaha mengolah resepi agar ia dapat menyamai ayam goreng kedai mamak. Antara yang menjadi tarikan atau menjadi perbezaan ketara antara ayam goreng biasa dengan ayamgoreng mamak ialah rasanya. Penggunaan pelbagai rempah menghasilkan rasa yang menarik.Jadi sebelum Madam bercerita lebih lanjut mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Ayam Goreng Berempah (Sebiji Di Kedai Mamak)
Bahan utama
- Sebelah ayam yang telah dipotong
- Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Bahan-bahan kisar
- Bawang besar sebelah
- Bawang putih 2 ulas
- Halia seinci
- Serai 1 batang
- Segenggam cili kering yang telah direbus dan dibuang bijinya
Bahan-bahan salutan tepung
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh serbuk bawang merah (pilihan)
- 1 sudu teh serbuk bawang putih (pilihan)
- 1 sudu teh serbuk mix herb (pilihan)
- Segenggam daun kari
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
Kaedah
- Bersihkan ayam dan perasakan dengan garam dan serbuk kunyit
- Kisar bahan-bahan kisar dan tuang ke dalam bekas berisi ayam tadi.
- Biarkan lebih kurang 30 minit
- Campur kesemua bahan-bahan salutan tepung dan ambil 2 sudu besar campuran ini dan campurkan dengan ayam yang diperap tadi.
- Panaskan minyak didalam kuali, dengan suhu yang sederhana.
- Sedia untuk mengoreng, salut ayam dengan tepung salutan sehingga meliputi keseluruhan bahagian ayam,
- Goreng ayam dengan api yang sederhana, kerana dikhuatiri ayam garing diluar tetapi mentah didalam.
- Boleh ditoskan sebelum dihidangkan.
- Siap.
Untuk memastikan ayam ini masak didalam, kecilkan api sebentar supaya masak dibahagian dalam. Namun besarkan api sedikit semula apabila kedua-dua belah ayam telah masak. Goreng hingga ayam menjadi garing. Jangan terlalu garing agar ia tidak hangit dan keras.
Pastikan ayam yang digunakan ialah ayam segar untuk memastikan keenakan daging ayamnya.Jangan lupa mencubanya untuk hidangan keluarga yang tersayang. Like dan share ya,terima kasih.
Resepi Lain Yang Menarik
Inilah antara resepi ayam goreng paling popular dan sangat sedap. Anda perlu mencubanya. Selain dari itu,laman web ini juga mempunyai banyak resepi lain yang menarik serta telah dicuba. Selamat mencuba.
Leave a Reply