Resepi Talam Keladi Berlauk (Kuih Tradisi Paling Digemari)

talam keladi berlauk

Adakah anda suka kudapan minum petang berbasis keladi? Mari cuba resepi talam keladi berlauk yang kami tuliskan di bawah ini.

Talam keladi berlauk sedap dimakan sebagai sarapan atau minum petang. Boleh juga sebagai kudapan untuk acara rasmi. Sebagai gandingan untuk ngeteh di rumah bersama keluarga.

Talam diperbuat dengan keladi kukus sebagai bahan utama. Teksturnya amat lembut dan lazat. Apalagi jika termakan inti udang yang lazat semasa mengunya talam.

Mari cubakan menu tradisional kuih talam keladi berlauk yang dikongsikan oleh Alin Danial di laman Facebook. Sesuai untuk kudapan kenduri kendara. Selamat mencuba.

Resepi Talam Keladi Berlauk

talam keladi berlauk
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 300 gram keladi dipotong dan dikukus,
  • 175 gram tepung beras,
  • 40 gram tepung jagung,
  • 20 gram tepung gandum,
  • 1 liter santan,
  • Garam secukup rasa.

Bahan Lauk :

  • 2 sudu besar minyak masak,
  • 300 gram udang segar dikupas dan dicincang,
  • 15 gram udang kering direndam dan ditumbuk,
  • 3 tangkai daun sup,
  • 3 tangkai daun bawang,
  • 2 biji cili merah and 1 biji cili padi merah,
  • Garam secukup rasa,
  • Bawang goreng secukupnya.

Cara Menyediakan Lauk :

  1. Panaskan minyak, goreng udang hingga berubah warna.
  2. Masukkan udang kering hingga wangi dan angkat.
  3. Gaulkan dengan garam, bawang goreng, daun sup, daun bawang dan cili merah.

Cara Menyediakan Badam Talam Keladi :

  1. Kukus keladi hingga empuk, ketepikan.
  2. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
  3. Kacau bahan tepung dan santan di atas api perlahan hingga naik wap dan tutup api.
  4. Masukkan keladi yang dikukus tadi (kalau kukus dalam loyang besar). Kalau pakai acuan lompang tidak payah masak di atas api.
  5. Masukkan separuh inti ke dalam bancuhan. Terus tuang inti dalam acuan.
  6. Lenserkan sedikit minyak pada loyang atau acuan lompang.
  7. Kukus sehingga ¾ masak, taburkan baki inti dan kukus sehingga masak.

    talam keladi berlauk
    Imej via Facebook

Cara Menyediakan Sos Cili :

  • 4 biji cili merah,
  • 1 biji cili padi,
  • 1 sudu besar cili boh,
  • 1 sudu besar sos tomato,
  • 1 sudu besar gula,
  • 2 sudu besar jus lemon/limau nipis,
  • ½ sudu teh kicap pekat,
  • 1 sudu teh tepung jagung bancuhkan dengan 80 ml air,
  • Garam secukup rasa.
    (Sebatikan semua bahan di atas dan renehkan di atas api sehingga pekat).

Cara Menyediakan Sos Kicap :

  • 2 sudu besar taucu,
  • 250 ml air,
  • 50 gram gula,
  • 4 sudu teh tepung jagung larutkan dengan 60 ml air,
  • 1 sudu besar kicap cair,
  • 1 sudu besar kicap pekat.
    (Sebatikan semua bahan di atas dan renehkan di atas api sehingga pekat).

Resepi Menarik Lain

Selain resepi talam keladi berlauk, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *