Resepi Lokching Mudah (Satay Ikan Sedap)
Anda panggil lockching atau satay ikan? Apapun nama dipanggil, kedua-duanya adalah sama. Satay yang diperbuat daripada ikan.
Satay ikan Thai berikut dipanggil, merupakan antara makanan yang tersohor di Kelantan. Anda yang kediaman jauh dan tidak berkesempatan beli lokching, sekarang boleh buat sendiri lokching di rumah.
Makin teringin makan lockching apabila ada member yang menggambarkan kelazatan lokching di mana satay ikan dibakar dan dihidangkan dengan dua sos yang boleh dipilih, iaitu sos manis dan sos pedas.
Lokching berperisa ikan yang khas dan pekat kerana menggunakan bahan ikan basah, namunnya berbeza dengan keropok ikan, lokching lebih lembut bahkan setelah dibakar. Jom buat lokching dengan resepi oleh Azieyan di laman Facebook. Mudah untuk diikuti bahkan pada percubaan pertama.
Resepi Lockching Atau Satay Ikan Thai
Bahan-bahan :
- 250 gram isi ikan selayang (mentah) dikisar lumat,
- 100 gram tepung ubi kayu/tepung kanji,
- ½ biji bawang besar dikisar,
- 1 sudu kecil garam,
- ½ sudu teh serbuk perasa,
- 1 sudu kecil soda bikarbonat.
Bahan Untuk Sos Manis dan Pedas
- Cili kering secukupnya dikisar lumat,
- 4 ulas bawang putih dikisar lumat,
- 1 ½ cawan air,
- 1 sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji dibancuh dengan 2 sudu besar air,
- 4 sudu makan gula atau secukupnya,
- ½ sudu makan garam,
- Sedikit serbuk perasa,
- Sedikit pewarna merah,
- Lada burung secukupnya untuk sos pedas sahaja.
Cara Membuat Lokching :
- Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
- Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat.
- Gaulkan hingga sebati.
- Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
- Penyetkan sedikit lepas bulat.
- Panaskan minyak dan goreng sekejap. Kemudian, cucukkan pada lidi dan bakar sekejap.
Tip : kalau adunan terlalu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan itu tidak melekat di tangan.
Cara Membuat Sos :
- Tumis bawang putih dalam periuk tanpa minyak. Masukkan sedikit air.
- Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah pakai sedikit saja untuk nampak warna pink. Kacau rata.
- Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
- Untuk jadikan sos pedas, tambahkan lada burung dalam masakan di atas.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi lokching, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.