Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Permata Zamrud (Cantik Di Mata, Sedap Di Mulut)

author name

📄

Selamat petang semua. Hari ini kami ingin pakai permata zamrud, tapi letak dekat kuih pula. Jangan pelik jangan hairan, inilah dia kami perkenalkan kuih permata zamrud.

Kuih yang berintikan adunan hijau yang dilapis adunan talam putih tampak sangat cantik seumpama permata zamrud yang kehijauan dan menarik di mata.

Kuih ini amat sedap, ia punya rasa lemak manis hampir sama macam kuih koci. Lembut, lemak, manis sangat sedap untuk jadi menu minum petang.

Mari cubakan resepi kui permata zamrud yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook. Selamat berzamrud.

Resepi Kuih Permata Zamrud

permata zamrud
Imej via Facebook

Bahan Adunan Hijau :

  • Sedikit pewarna hijau,
  • ½ cawan tepung pulut,
  • Sedikit air.

Cara Membuat Adunan Hijau :

  1. Bancuh bahan hingga menjadi doh macam buat onde-onde.

Bahan Adunan Putih :

  • 2 cawan santan, boleh guna Kara (tambahkan sedikit air agar santan tidak terlalu pekat),
  • ½ cawan tepung beras,
  • 2 sudu makan tepung jagung,
  • 2 sudu makan tepung gandum,
  • Garam.

Cara Membuat Adunan Putih :

  1. Bancuh semua bahan-bahan kemudian tapis.
  2. Bila sudah bancuh dan tapis, masukkan dalam kuali.
  3. Masukkan daun pandan, panaskan sekejap guna api rendah, panaskan dalam 5 minit.

Bahan Inti :

  • Kelapa muda dalam 1 cawan,
  • Gula merah agak-agak saja,
  • Sedikit air,
  • Daun pandan.

Cara Menyediakan Inti :

  1. Cairkan gula merah dan air dalam kuali, masukkan daun pandan.
  2. Kemudian masukkan kelapa, gaul sehingga air menjadi kering.

    permata zamrud
    Imej via Facebook

Cara Menyediakan Kuih :

  1. Acuan lompang disapu minyak terlebih dahulu.
  2. Bulat-bulatkan adunan hijau.
  3. Kemudian masukkan inti kelapa. Letak di tengah-tengah acuan.
  4. Kemudian tuang adunan putih.
  5. Kukus selama 10 minit.

    permata zamrud
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuih permata zamrud, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *