Resepi Terung Goreng Sambal Cili Padi (Membangkitkan Selera)
Mencari masakan kampung yang lazat? Terung goreng cili padi ialah antara makanan kampung yang membangkitkan selera.
Mana tidaknya, terung yang wangi dan manis berbaur dengan sambal cili padi yang pedas, sedap sangat apabila dimakan dengan nasi putih panas, makan tanpa sudu, bikin menjilat jari.
Ramai yang suka makanan tradisi begini. Terung pula termasuk ke dalam jenis sayur-sayuran. Sangat sedap digoreng rasa manis terung terkeluar. Belum makan lagi, mencium aromanya pun sudah bikin terliur.
Mak, ayah, suami dijamin suka lauk terung goreng cilipadi ini. Hidangkan lauk ini sebagai makan tengah hari, mesti akan bertambah diorang makan. Walaupun untuk kanak-kanak akan terasa sedikit pedas. Jom hidangan masakan kampung terung goreng cilipadi hari ini. Resepi sedap dikreditkan kepada Azahari Abdullah di laman Facebook.
Resepi Terung Goreng Sambal Cili Padi
Bahan-bahan :
- Terung panjang digoreng.
Bahan Sambal :
- Segenggam cili padi,
- 3 batang cili hijau besar,
- 2 ulas bawang putih,
- 5 ulas bawang merah,
- ½ biji bawang besar,
- Air asam jawa,
- 1 sudu besar udang kering. (Optional, boleh bubuh belacan).
Cara-cara :
- Blend kesemua bahan.
- Tumis dengan minyak.
- Masukan gula dan garam.
- Masukan air asam jawa kacau sampai pekat dengan api yang kecil.
- Jika sudah siap, tumpahkan ke atas terung.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi terung goreng sambal cili padi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.