SUP AYAM KAMPUNG

SUP AYAM KAMPUNG
………………………………
.
1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
1 inci halia ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
Garam secukup rasa.
Sedikit bawang goreng.
.
Cara Membuatnya:
.
1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.
.
2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 – 15 minit.
.
3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
.
4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.
.
5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)
.
Masakan paling femes. Siapa boleh masak kira dah boleh kahwin dah.


Comments

One response to “SUP AYAM KAMPUNG”

  1. Hey! This post could not be written any better! Reading through this post reminds me of my good old room
    mate! He always kept talking about this. I will forward this page to him.
    Fairly certain he will have a good read. Thanks for sharing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *