Resepi Sangkaya Labu (Pencuci Mulut Paling Nyaman)

sangkaya labu

Kali ini kami akan berkongsi resepi hidangan pencuci mulut sangkaya labu asal dari Thailand. Sangkaya labu ialah hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada kastard telur yang dikukus dalam labu.

Di Thailand, sangkaya ialah berupa kastard kelapa. Bahan-bahan resepi sangkaya sebetulnya ada yang menggunakan gula merah dan tepung. Yang menarik daripada sangkaya ialah, kastard telur diletakkan terus dalam labu yang sudah dikeruk isinya. Sehingganya kombinasi rasa santan, telur dan labu yang manis sangat sedap di lidah.

Cara penyediaannya sangkaya labu harus disejukkan dalam peti untuk mempertahankan tekstur yang padat namun lembut sangat. Pencuci mulut ini amat segar dan menyelerakan dengan tampilan yang menarik dan menggoda selera.

Mari cubakan resepi sangkaya labu yang dikongsikan oleh Jrm Syalinda di laman Facebook. Resepi senang dengan bahan-bahan mudah tapi rasanya sedap luar biasa!

Resepi Sangkaya Labu

sangkaya labu
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 biji labu saiz kecil,
  • Telur 4 biji,
  • Santan 250 ml,
  • Gula kastor 3 sudu besar.

Cara-cara :

  1. Potong labu dan buang biji.
  2. Campurkan telur, santan dan gula. Gaul sebati.
  3. Tapis dan terus masukkan bahan di atas ke dalam labu.
  4. Kukus dengan api sederhana sampai masak selama satu jam lebih.
  5. Lepas sudah masak sejukkan semalaman kemudian baru potong.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sangkaya labu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *