Resepi Sandwich Special Tuna Pedas Giler Berpinar Kepala
Resepi kali ini merupakan cara-cara untuk menyediakan sandwich tuna versi pedas. Ianya adalah satu inovasi daripada sandwich tuna yang biasa digunakan. Resepi ini menggunakan cili api merah. Namanya ialah cili api merah bangladesh, rasanya sangat pedas. Kebiasaanya cili api merah ini digunakan untuk membuat sambal nasi ayam penyet atau sambal belacan. Ini kerana rasa pedasnya yang menyenggau atau dalam bahasa pasarnya ‘pedas giler’. Sandwich ini amat sesuai dijadikan hidangan didalam majlis potluck, berkelah malah jamuan kecil juga.
Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba resepi sandwich tuna pedas giler ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Bahan utama
- 2 buku roti (apa-apa jenama)
Bahan-bahan inti
- 1 tin tuna in water
- 1 tin tuna pedas
- 1 biji bawang holland (potong dadu)
- 7 biji cili api merah ( hiris nipis-nipis)
- Tomato sebiji (buang isi dan potong dadu)
- 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
- 3 sudu besar mayonis (anggar jangan terlalu cair intinya)
Bahan-bahan lain
- Butter dan mayonis (sebagai sapuan)
- Salad
- Tomato
Kaedah
- Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
- Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
- Keluarkan isi ikan tuna dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
- Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
- Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu dan dihiris tadi.
- Masukkan asam limau dan garam secukup rasa, perasakan.
- Akhir sekali masukkan mayonis, sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu basah.
- Siap, ketepikan.
Cara-cara membuat sandwich
- Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua.
- Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
- Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
- Tutup dengan kepingan roti ketiga.
- Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
- Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
- Ulang sehingga habis.
- Siap.
Cili api dihiris nipis-nipis agar ia tidak terlalu menganggu rasa tuna yang sedap dan lemak-lemak itu. Namun anda boleh sahaja menghiris ia kasar-kasar jka anda suka makanan pedas. Anda boleh gunakan apa-apa jenama roti untuk sandwich, namun untuk jualan jenama Massimo lebih stabil. Ia akan memudahkan anda memotong sandwich dengan lebih kemas. Ia juga untuk mengelakkan bekas-bekas jari diatas roti kerana jenama Massimo sedikit keras berbanding Gardenia.
Resepi Lain Yang Menarik
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi jangan lupa like dan share ya!