Sambal Kicap Style Orang Johor.

Sambal Kicap Style Orang Johor.
Pemilik resepi : Jes Tham

Siapa kata kaum Cina x pandai mkn sambal. Haa.. Jes Tham suka. Hari ni saya kongsi 3 version mcm mana nak buat sambal kicap. Pilih je lah version mana yg sesuai utk kamu. Saya buat Version 3..

Version 1 ( pedas )
Segenggam Cili Padi / Cili Api (nak lebih pun boleh)
4 ulas bawang putih
Kicap Lemak Manis, garam dan gula
Version 2 ( kurang pedas )
4-5 biji Cili Padi / Cili Api
5-6 biji Cili Hijau
4 ulas bawang putih
Kicap Lemak Manis, garam dan gula
Version 3 ( kurang pedas dan wangi)
4-5 biji Cili Padi / Cili Api
5-6 Cili Hijau
4 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah ( kecil )
Kicap Lemak Manis, garam dan gula

Semua bahan bahan di atas tidak perlu di hilis. Bersihkan dan potong separuh. Buangkan biji cili jikalau mahu.

Cara memasak :
Panaskan minyak dgn secukupnya. Goreng semua cili dan bawang sehingga naik bau. Ketepikan dan sejukkan sekejap baru masukkan ke dlm blender.

Sebelum blend, masukkan kicap lemak manis ( saya guna kicap ENAQ), sedikit garam dan gula. Blend dan siap. Boleh buat lebih utk simpan stock. Jgn lupa perah limau sikit baru mkn .. Yaa .. Sesuai utk semua jenis makanan yg di GORENG..
Whoo Hoo!!!

Jgn kecam saya.. Yaa.. Ni semua info dari Google. Selamat mencuba ..

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *