Rusuk Kambing Panggang

RUSUK KAMBING PANGGANG

Bahan-bahan:

250 gm rusuk kambing muda
1/2 sudu teh tempah Marjoram
1/2 sudu teh rempah Thyme
1/2 sudu teh rempah Oregano
1/2 sudu teh rempah Rosemary
2 sudu serbuk roti
sedikit mentega untuk menumis
2 biji kentang
1 batang zuchini
1/2 sudu teh garam
2 helai bunga daun bawang
3 kuntum brokoli
3 kuntum bunga kobis
3 keping kacang sepat
1 batang lobak merah
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh paprika

Cara-cara:

-Taburkan garam, lada sulah dan paprika pada tulang rusuk yang telah dibersihkan. Panggangkan tulang rusuk ini hingga masak.
-Campurkan serbuk roti dengan rempah Rosemary, Oregano, Thyme, Marjoram, garam dan lada sulah. Kemudian taburkan campuran rempah ini ke atas tulang rusuk hingga rata.
-Sayur-sayuran segar di potong ikut citarasa dan ditoskan.
-Cairkan mentega dan tumiskan sayur-sayuran sehingga separuh masak. Susunkan di dalam pinggan bersama tulang rusuk tadi.
-Siap untuk dihidang.

Kredit resepi kepada Resepi Mudah

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *