ROTI PANDAN KUKUS
ROTI PANDAN KUKUS
Bahan-bahan :
Bahan-bahan (loyang 8 x 4 inci)
10 keping roti putih
1/2 cawan gula pasir*
3 biji telur*
200ml santan pekat di campur air menjadi 2 cawan santan*
7 helai daun pandan di kisar bersama 1 cawan air* – di tapis, atau 2 sudu kecil pes pandan di campur 1 cawan air
Sedikit buah kering campuran (saya tambah)
Cara-cara
1. Loyang di sapu majerin sekeliling. Satukan bahan-bahan bertanda* di dalam mangkuk. Kacau sebati.
2. Celupkan roti sekeping-sekeping dan susun di dalam loyang yang telah di sediakan hingga roti habis.
3. Tuang lebihan campuran santan di atas roti hingga rata. Perapkan seketika sementara memanaskan kukusan. Tabur buah campuran ke atas roti sebelum di kukus.
4. kukus selama 1/2 jam atau sehingga kelihatan permukaan puding kering.
5. Biarkan puding sejuk di dalam loyang, potong dan bolehlah di hidangkan.
Selamat Mencuba!:)