Resipi Mee Hailam

Resipi Mi Hailam Mantop Meletop
Resipi mi hailam paling mudah nak disediakan. Campak-campak je terus siap.
Walaupun kuah hitam tapi hitam bukan sekarang hitam. Hitam yang sedap okay!
.
Bahan-bahan:
1 peket mi
2 biji telur
Sayur sawi
Bunga kobis
1 batang lobak merah
2 biji tomato
Tepung jagung dibancuh
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
300 gm udang sederhana besar
300 gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah
Cili kering, bawang merah & bawang putih
.
Cara-cara:
1. Cili kering direbus sampai lembut dan dikisar dengan bawang merah dan bawang putih.
2. Bersihkan udang dan sotong, tos dan ketepikan. Potong isi ayam menjadi ketulan dadu kecil.
3. Bersihkan semua sayur dan fish ball. Potong semua bahan-bahan ni.
4. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak.
5. Masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak, bolehlah dimasukkan air .
6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih .
7. Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis & cair, sos nampla dan kacau semua bahan ini .
8. Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing.
9. Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan pula sayur sawi , buah tomato dan kacau lagi dan lagi.
10. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat.
11. Kacau semua bahan dan kalau kurang masin barulah ditambah garam .
12. Akhir sekali, masukkan mi dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan bolehlah ditutup api.
6. Untuk hiasan, taburlah daun sup, cili merah dan juga bawang goreng. Siap

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *