Resepi Viral Telur Bumbu Kuning Pedas Buat First Time Terus Jadi

Resipi kali ini merupakan resipi viral yang sangat mudah untuk disediakan resipi ini menggunakan telur rebus sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini agak banyak namun begitu ia merupakan bahan yang mudah ditemui dan harganya juga tidak mahal tapi pasti mengenyangkan dan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang boleh anda dapati di pasar raya perkataan anda.

Bahan utama

  • Telur rebus  6-8 biji (kopek kulit)

Bahan kisar

  • Bawang besar 1-2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia 3cm
  • Kunyit hidup ½ inci 
  • Cili hijau 3 batang
  • Cili padi hijau 10 batang 
  • Cili kering siap kisar 2 sudu besar

Bahan lain 

  • Serai 1 batang 
  • Tomato belah 4
  • 2 helai daun limau purut ( dihiris )
  • 1 helai daun kunyit ( dihiris ) 
  • Santan fresh 500ml
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Kaedah 
  • Mula-mula goreng telur rebus hingga garing dibahagian luar. Angkat dan ketepikan.
  • Kemudian tumis bahan yang telah dikisar hingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan santan dan biarkan ia pekat
  • Masukkan serai,cili api hiris,tomato,daun limau purut dan daun kunyit.
  • Akhir sekali tambah garam, serbuk perasa dan gula jika anda suka.
  • Siap!

Masakan ini pasti mengenyangkan dan nampak lazat sekali kerana ia sememangny amat sedap dan walaupun pembuatannya sedikit mirip kepada rendang nya pun begitu rasa masakan ini berbeza dan ianya sedap dimakan bersama nasi ataupun sama roti apa pun jangan lupa untuk mencuba resipi ini.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain