Resepi Viral Roti Focaccio Roti Tanpa Uli Confirm Jadi

Resepi kali ini merupakan resepi roti yang paling senang untuk dibuat. Berbanding dengan resepi roti yang biasa kita dapati dimana ia memerlukan teknik menguli yang sangat memenatkan untuk mendapat tekstur roti yang lembut. Focaccia adalah roti yang berasal dari Itali dan ia berasal dari Itali. Kebiasaannya focaccia ini dijadikan base pizza dan pembuatannya amat ringkas dan kadangkala ia diisi dengan topping sayur-sayur dan baunya amat menarik selera terutama bagi peminat roti. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan di mana anda boleh dapatkan dikedai berdekatan.

Bahan-bahan

A

  • 420ml air suam
  • 1 tsp yis
  • 1 tsp madu
  • 1 tbsp minyak zaitun 

B

  • 500g tepung gandum
  • 2 tsp garam

Bahan hiasan

  • Tomato ceri (belah 2)
  • Bawang besar dihiris
  • Daun thyme kering (pilihan)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan A dan kemudian tambah bahan B.
  • Gaul dengan senduk sebab doh akan jadi sangat melekit-lekit.
  • Rehatkan sekejap dalam 10 minit dan tutup dgn kain basah.
  • Uli dgn teknik tarik lipat beberapa kali.
  • Dan rehatkan 10 minit sekali lagi.
  • Uli lagi dengan teknik tarik dan lipat.
  • Dah rehatkan beberapa jam atau hingga ia naik berganda.
  • Tapi saya bekukan jadi saya simpan dalam petiais beku.
  • Selepas itu uli lagi beberapa kali sehingga doh elastik dan masukkan dalam loyang pembakar.
  • Rehatkan hingga doh memenuhi loyang tadi dan kemudian cucuk dengan jari dan hias dengan tomato ceri, bawang dan daun thyme.
  • Akhir sekali letakkan minyak zaitun sekali lagi dan bakar 20 min pada suhu 220c.
  • Bila roti dah siap bakar, gris dengan butter untuk dapatkan efek berkilat.
  • Sedia untuk dihidangkan.
  • Siap! 

Sebaiknya untuk mendapat tesktur berongga anda gunakan tepung roti iaitu tepung yang tinggi protin. Resepi ini boleh dibuat lebih awal dan anda perlu simpan dalam peti ais sejuk beku untuk mematikan yis dari terus mengembangkan roti. Bila anda hendak guna anda perlu menyahbeku dahulu barulah diuli dengan tekbik tarik dan lipat berulang kali hingga ia kembali elastik. Masukkan dalam loyang empat segi tetapi jika anda suka anda boleh juga gunakan loyang bulat. 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain