Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Vadai Ala India (Pedas-Pedas Rangup)

Siapa pernah makan vadai? Vadai ialah makanan yang berasal daripada India. Siapa saja boleh makan vadai kerana ia dibuat daripada kacang dhal.

Vadai diperbuat dengan kacang dhal yang dihaluskan kemudian dicampur dengan bawang, daun kari dan cili api. Doh ini dibulat leperkan dan digoreng. Vadai memiliki rasa rangup-rangup pedas dan wangi.

Sesiapa yang suka kudapan pedas-pedas rangup di luar lembut di dalam, vadai adalah sesuai untuk anda. Resepi vadai kali ini didatangkan terus daripada orang India Kalaivani Krishnasamy yang berkongsi resepi di laman Facebook.

Resepi Vadai Rangup Tapi Lembut

vadai
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kacang dhal,
  • Garam,
  • Bawang besar,
  • Daun kari,
  • Cili merah/cili api,
  • Jintan putih sedikit.

Cara-cara :

  1. Rendam dhal kuantiti yang diperlukan lebih kurang 5 jam, cuci bersih dan toskan.
  2. Blend pakai cawan kering. Jangan kasar sangat dan jangan hancur sangat. Siap blend dan masih nampak dhal sebijik-sebijik, itu lah kunci sedapnya sebab jadi rangup pas digoreng.
  3. Perap sekejap selama satu jam. Tambahkan garam sahaja. Perap masuk peti ais pun boleh.
  4. Sementara dhal diperap, sediakan bahan campurannya ; bawang besar, daun kari, cili merah/cili api, jintan putih sedikit.
  5. Masukkan bahan-bahan ini bersama dhal tadi. Gaul sebati.
  6. Perap dalam 1 jam. Perasakan dengan garam.
  7. Bulat-bulatkan adunan tadi.
  8. Alaskan tapak tangan kiri dengan plastik atau daun pisang. Ambil satu bola dhal letak di atas tapak tangan kiri.
  9. Leperkan ikut saiz yang diperlukan.
  10. Panaskan minyak dan goreng vadai tadi secara deep fry api medium.
  11. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi vadai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!