Resepi kali ini merupakan resepi salad yang sihat dan amat mudah untuk disediakan. Salad lazimnya disediakan sebagai melengkapi hidangan dimana sayur merupakan salah satu sumber penting dalam pengambilan harian kita. Antara bahan digunakan didalam resepi kali ini ialah telur rebus bersama udang yang di’saute’ bagi menaikkan rasa udang yang manis dan sangat sedap. Lebih sedap jika anda buang kulitnya sebelum dihidangkan.
Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 10 ekor udang saiz besar
- 1 biji telur rebus
Bahan salad
- ½ bungkus set salad caesar (ada jual disupermarket)
- 4 biji tomato ceri ( potong baji)
- 3 biji beetroot (hiris nipis)
Bahan sos
- Sos thousand island 1tbsp
Kaedah
- Gaul udang dengan garam dan masak dalam kuali denganminyak yang sedikit sahaja.
- Bila udang telah masak alih dan sejukkan.
- Hiris bulat telur rebus.
Penyediaan
- Gaul salad bersama tomato dan beetroot
- Kemudian tambah telur dan aturkan udang dibahagian tepi hidangan.
- Sebelum hidang drizzle sos thousand island.
- Siap!
Jika anda berkunjung ke pasar raya seperti Jaya Grocer, set salad lebih mudah ditemui dimana Ianya lebih menjimatkan terutama bila tidak ramai penggemar salad dirumah. Apapun jika anda ingin sesuatu yang ringkas, sedap dan berkhasiat jangan lupa mencuba resepi ini.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.