Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Udang Saute Bersalad Sedap Menyelerakan Walapun Simple

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi salad yang sihat dan amat mudah untuk disediakan. Salad lazimnya disediakan sebagai melengkapi hidangan dimana sayur merupakan salah satu sumber penting dalam pengambilan harian kita. Antara bahan digunakan didalam resepi kali ini ialah telur rebus bersama udang yang di’saute’ bagi menaikkan rasa udang yang manis dan sangat sedap. Lebih sedap jika anda buang kulitnya sebelum dihidangkan.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang saiz besar
  • 1 biji telur rebus

Bahan salad

  • ½ bungkus set salad caesar (ada jual disupermarket)
  • 4 biji tomato ceri ( potong baji)
  •  3 biji beetroot (hiris nipis)

Bahan sos

  • Sos thousand island 1tbsp

Kaedah

  • Gaul udang dengan garam dan masak dalam kuali denganminyak yang sedikit sahaja.
  • Bila udang telah masak alih dan sejukkan.
  • Hiris bulat telur rebus.

Penyediaan

  • Gaul salad bersama tomato dan beetroot
  • Kemudian tambah telur dan aturkan udang dibahagian tepi hidangan.
  • Sebelum hidang drizzle sos thousand island.
  • Siap!

Jika anda berkunjung ke pasar raya seperti Jaya Grocer, set salad lebih mudah ditemui dimana Ianya lebih menjimatkan terutama bila tidak ramai penggemar salad dirumah. Apapun jika anda ingin sesuatu yang ringkas, sedap dan berkhasiat jangan lupa mencuba resepi ini.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.