Resepi Tiramisu ( Resepi Mudah Tidak Perlu Bakar)

Resepi kali ini ialah resepi pencuci mulut. Resepi mudah tetapi mewah yang berasal dari Itali. Tiramisu adalah sejenis manisan yang diperbuat dari biskut lady finger,iaitu sejenis biskut yang dibuat khas untuk tiramisu. Namun ada juga resepi yang menggunakan kek kopi sebagai lapisan tiramisu. Tetapi jika begitu ia bukanlah yang original.

Tiramisu juga menggunakan keju mascarpone,krim putar, gula dan juga kuning telur. Gabungan bahan-bahan ini yang membuatnya mahal tetapi lazat. Dan ia mempunyai peminat yang tersendiri,jadi sebelum kita teruskan mari kita lihat bahan-bahan dan cara untuk membuat tiramisu yang sedap ini.

Resepi Tiramisu ( Resepi Mudah Tidak Perlu Bakar)

Bahan-bahan

  • 12 batang biskut lady finger
  • 1 cawan kopi yang baru dibrew (sejukkan dahulu)

Bahan-bahan cheese custard

A

  • 2 biji kuning telur
  • ½ cawan gula halus

B

  • Mascapone cheese/cream cheese 150 g
  • Esen vanila 1 sudu teh

C

  • 1 cawan krim putar

Kaedah

  • Cari bekas yg sesuai anggaran saiz 6”. Asingkan
  • Masukkan bahan A dalam bekas tahan panas,double boil sambil dikacau dengan hand whisk..
  • Kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepi dan biarkan ia sejuk.
  • Masukkan cheese didalam mangkuk pengadun dan pukul hingga cheese lembut dan sekata, tambahkan esen vanila dan biarkan semuanya sebati.
  • Tambahkan bahan B ini ke bahan A iaitu custard tadi. Kacau menggunakan hand whisk.
  • Kemudian pukul krim  putar hingga gebu, jangan lebih pukul kerana krim dan minyaknya akan berpisah.
  • Akhir sekali kaup balik bahan C ini dengan bancuhan custard tadi.
  • Untuk menyediakan tiramisu yang sedap,mula-mula celupkan  lady finger kedalam kopi dan susunkan didalam bekas yang dipilih tadi. Ini perlu dilakukan segera kerana biskut lady fingers sangat mudah pecah bila terkena air.
  • Susunkan lady finger hingga memenuhi dasar bekas tadi. Lapiskan dengan separuh dari adunan cheese custard tadi. Taburkan koko. Ulang untuk lapisan kedua.
  • Akhir sekali tabur koko dipermukaan paling atas tadi.
  • Simpan dalam petiais sekurang-kurangnya 12jam.
  • Sedia dinikmati sekarang.
Serbuk koko boleh ditambah jika suka rasa pahit

Oleh kerana mascarpone cheese sangat mahal,kebanyakkan orang mengganti ia dengan cream cheese. Namun ini sedikit sebanyak mempengaruhi ketelunan rasa tiramisu ini.

Apapun kita bebas memilih bahan yang ingin kita guna mengikut bajet dan selera kita sendiri. Moga resepi ini dapat membantu anda menghasilkan tiramisu yang lazat dan menyelerakan.

Resepi Menarik Lain.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *